Site icon Sabah Baru News

Israel jangka perang lawan Hamas berlanjutan dua bulan lagi

Aset ketenteraan Israel ditempatkan di sempadan Israel dan Gaza. – Gambar REUTERS

MENTERI Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, operasi ketenteraan zionis menentang pejuang Hamas akan kembali bersambung dengan “sepenuh kekuatan” selepas gencatan senjata sementara empat hari yang bermula hari ini berakhir.

Angkatan pertahanan negara itu juga, kata beliau, menjangkakan peperangan akan berlanjutan selama sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

“Ia hanya gencatan sementara. Apabila ia berakhir, perang akan kembali bersambung dengan sepenuh kekuatan dan akan mencetus tekanan yang akhirnya akan menyebabkan Hamas menyerahkan semula tebusan,” kata Gallant di Tel Aviv pada Khamis.

“Peperangan dijangka berlangsung selama dua bulan lagi,” sambung beliau. – Agensi

AWANI

Exit mobile version