KEPUTUSAN wajib yang perlu diambil, adalah jangan sesekali mencalonkan PAYUNG TERJUN, dan kedua, JANGAN lagi berpandukan pada KAWASAN tradisi, melainkan berpandukan pada perkembangan terkini, paling tidak menggunapakai keputusan PRN-16 Sabah.
Dua blok parti ini, perlu mempertimbangkan dengan mendalam pertambahan undi hampir 54% berbanding daftar pengundi pada PRU-14.
Masing-masing parti perlu meletakkan dalam kamus masing-masing, bahawa pengundi baharu ini adalah golongan atas pagar, malah kemungkinan sebahagian besar kali pertama mengundi.
Atas sebab pengundi baharu ini berkedudukan demikian, maka mereka akan memberi sokongan pada mana-mana parti atau calon yang kerap singgah pada skrin telepon pintar mereka, atau calon-calon yang kerap keluar masuk kampung atau kawasan, samada bertujuan sosial, atau acara-cara melibatkan rakyat atau penduduk.
Tersalah memilih calon, termasuk mereka yang kali terakhir dilihat 4 tahun yang lalu, atau hanya bertindak keluar masuk kampung menjelang pilihan raya dengan acara-acara sosial yang padat, tidak akan mendapat undi simpati samada daripada pengundi matang atau yang baharu.
Pengundi sekarang sudah celik, mereka mengutamakan parti atau calon yang boleh mereka sandarkan membela untung nasib mereka.
Telah dibuktikan pada PRN-16, julungkali berlaku di Sabah, sebuah kerajaan tidak dapat mempertahankan kerajaan, kerana rekod kerajaan yang menerajui negeri sekurang-kurangnya dua penggal.
Selain itu juga, kawasan tradisi tiada lagi jaminan parti yang sama boleh menang, melainkan yang menang, adalah parti atau calon yang difikirkan oleh pengundi boleh membawa aspirasi mereka. Fikir-Fikirkan.