Site icon Sabah Baru News

Tiga-empat tahun lagi isu kemudahan asas diatasi

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN). Foto:BERNAMA

APA yang pasti kerajaan Sabah hari ini memastikan dalam tempoh 3-4 tahun daripada sekarang isu kemudahan asas akan diatasi, jikapun tidak selesai sepenuhnya.

Negeri luas seperti Sabah pasti ada kawasan-kawasan diluar jangkauan akan tetapi jumlahnya tidak lah sampai mencacatkan gerak kemajuan dan pembangunan negeri.

Apabila kemudahan asas seperti jalan raya, air dan elekterik tersedia sesuai dengan piawaian masa kini, tentunya aktiviti ekonomi dapat diperlancar. Apabila aktiviti ekonomi semakin rancak, kemudiannya pendataan profile mereka yang termasuk miskin tersedia, maka mudah bagi kerajaan menyelesaikannya.

Benar lah kata Ketua Menteri, jika adanya kestabilan politik baik diperingkat negeri mahupun pusat, sebarang usaha memajukan dan membangun dipermudah.

Projek Hidroelekterik ULU PADAS, yang dicadangkan pada tahun 2015, sepatutnya pembinaannya bermula pada awal tahun 2016, dengan kos anggaran masa itu antara RM1.2-RM1.4 bilion dengan jangka masa siap antara 5-6 tahun, namun kini dengan kos anggaran RM4bilion dijangka siap dalam masa tiga tahun, iaitu pada tahun 2027.

Kenaikkan kos kerana tertangguhnya projek adalah pengajaran berharga, kerana jika projek ini dilaksanakan pada jadual awal, selain dapat mengelak kenaikkan kos, juga isu elektrik, banjir dan mungkin air untuk kegunaan rakyat sudah dirasai.

Pada hakikatnya kerajaan sudah merancang jauh sebelumnya umpamanya pembinaan empangan Kaiduan untuk menyelesaian isu bekalan air di kawasan Pantai Barat negeri, namun, kerana hasutan politik, projek itu tidak dapat dilaksanakan seperti mana perancangan awal. Jika projek ini diteruskan di masa hadapan tentunya kos meningkat berkali ganda, selain kos melepas yang sepatutnya dinikmati rakyat hilang begitu sahaja.

Projek-projek yang dicadangkan kerajaan yang mempunyai nilai ekonomi seperti membangun kawasan tanah di Pulau Balambangan yang dibiarkan gersang berdekad lamanya terbantut angkara pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di Kota Belud juga rancangan pembinaan empangan Tambuton terbatal begitu sahaja kerana hasutan politik, akhirnya penduduk Kota Belud yang sepatutnya tidak berhadapan dengan isu air samada untuk pertanian atau kegunaan penduduk, kini terpaksa menanggung kesannya.

Selain itu isu perlombongan di Bukit Mantri Tawau dijadikan momokkan pemimpin Warisan, sedangkan perlombongan itu memberi hasil cukai pada kerajaan, membuka peluang-peluang pekerjaan.

Sepatutnya pemimpin politik Sabah kena berfikir ke hadapan, mana-mana projek yang mendatangkan pulangan ekonomi perlu disokong, bukannya dihalang dengan berbagai dakwaan.

Untuk mengelak terbantunya sebarang perancangan kerajaan demi kemajuan dan pembangunan negeri, maka kerajaan hendak lah stabil, iaitu menerusi kekuatan parti politik yang mendokongnya.

Kerajaan hari ini adalah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan visi Sabah Maju Jaya. Untuk kelangsungan kerajaan ini dan merealisasikan visinya, maka sokongan padu daripada rakyat Sabah diperlukan, khususnya pada PRN17 Sabah akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version