Site icon Sabah Baru News

Ada yang melihat PRN17 Sabah cerminan kerajaan perpaduan

Bagi parti GRS sebagai peneraju kerajaan hari ini, tempoh sepenggal adalah mencukupi mengenalpasti apa kah wakil-wakil rakyat parti itu masih sebagai calon boleh menang atau sebaliknya. .

WALAUPUN PRN17 Sabah sepatutnya diadakan pada akhir tahun 2025 ada yang berspekulasi bakal diadakan lebih awal. Tujuannya untuk mendapat keabsahan sebenar mandat rakyat.

Kerajaan Sabah hari ini adalah kombinasi berbagai wakil rakyat (rujuk ADUN) daripada berbagai parti bukan seperti mana keputusan rakyat pada PRN16 September 2020.

Oleh kerana kedudukan itu, walaupun secara fakta kerajaan adalah kukuh, tidak memerlukan pilihan raya mengejut, akan tetapi masih ada suara-suara yang mempersoalnya, ekoran latar belakang sebahagaian ADUN yang mendokongnya.

Selain Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan mempertahankan kerajaan, Parti Warisan dan Umno Sabah cuba mendapatkan sokongan pada PRN tersebut. Parti lain yang juga akan turut bermaksud demikian adalah Parti Perikatan Nasional (PN).

Di atas kertas berpandukan pada senario politik Sabah masa kini, GRS masih dihadapan jika kekal dengan kombinasi kerusi yang yang mendokong ketika ini.

Jika semua parti yang mendokong mengekalkan status quo untuk kerusi-kerusi yang disandang masing-masing parti dan mengagihkan kerusi yang tidak disandang berpandukan pada kekuatan masing-masing parti sebagai cerminan kerajaan Perpaduan, tidak syak kerjasama itu bakal mendapat mandat besar daripada rakyat.

Mandat besar tidak semestinya menyapu bersih semua kawasan, akan tetapi memadai dengan sokongan 2/3.

Hakikat mesti diterima ada kerusi-kerusi yang sukar ditawan, kerana hubungan nostaligia kawasan-kawasan itu pada pemimpin atau parti tertentu, walaupun secara umumnya atau hakikatnya bahawa telah berlaku perubahan besar dalam poltik Sabah.

Selepas 16 kali pilihan raya negeri, PRN17 dilihat sebagai persiangan sengit di kawasan bumiputera islam, memandangkan pengelibatan parti-parti yang bermain dikolam yang sama mempunyai sokongan tersendiri. Berbeza dengan kawasan bumiputera bukan islam dan kaum cina, yang nampaknya lebih selesa pada GRS dan parti rakan gabungan tersebut.

Di kawasan bumiputera islam parti yang keluar sebagai pemenang bersandar pada First Past The Post (FPTP) tidak semestinya menerusi undi popular, akan tetapi jumlah undi tertinggi daripada calon-calon yang bertanding. Contoh kemenangan menerusi FPTP ini antara lain kerusi Lumadan dan Pintasan pada PRN16 Sabah.

Kemenangan menerusi FPTP sangat bergantung pada gerak kerja serta kekuatan jentera selain jumlah keahlian masing-masing parti di kawasan-kawasan sedemikian.

Parti yang dilihat lebih merakyat atau yang mempunyai networking kukuh dan kuat akan keluar sebagai pemenang.

Nampaknya GRS lebih awal memulakan gerakan menerusi Jelajah Pergerakan Wanita gabungan itu dipandu arah ketuanya, Datuk Seri Panglima Hajjah Azizah Dun Banir.

Menerusi jelajah sedemikian tentunya pergerakkan itu mendapat maklumat jelas berkaitan sokongan akar umbi yang boleh digunakan mengukur kekuatan semasa PRN17.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version