Site icon Sabah Baru News

Kem pelarian Jabalia ditenggelami air

Seorang lelaki mengharungi air banjir setinggi peha dengan mengusung jenazah kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih. – Foto X/Quds News Network

JABALIA : Kem pelarian Jabalia di timur laut Kota Gaza dilanda banjir selepas susulan hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan pantai.

Seorang pelarian Gaza, Anas Al-Sherif berkata, situasi di kem itu tidak dapat digambarkan dengan kem Jabalia telah ditenggelami air sepenuhnya.

Rakaman itu kemudian menunjukkan seorang lelaki mengharungi air banjir setinggi peha dengan mengusung jenazah kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih. 

Pegawai bantuan berkata kedatangan musim sejuk dan hujan di Gaza memburukkan keadaan apabila ratusan ribu keluarga terpaksa berteduh di dalam khemah sementara.

Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.

AWANI

Exit mobile version