Site icon Sabah Baru News

Kerjasama WARISAN-UMNO di Sabah tak jejas kestabilan Kerajaan Perpaduan

Armizan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Barangan Malaysia yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Kerjasama Parti Warisan (WARISAN) dan UMNO Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mentadbir kerajaan negeri ketika ini, tidak akan menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata ini kerana kerjasama parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan terikat dengan persefahaman dimeterai sebelum ini.

“(Saya rasa) tidak ada masalah sebab kita kena ingat (dan) saya fikir mereka mengetahui bahawa kebersamaan kita dalam kerajaan dan saya fikir perkara itu (kerjasama WARISAN-UMNO Sabah) hanya di peringkat negeri.

“Komitmen sekarang ialah kita memastikan kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan, saya fikir semua terbabit dan memberi komitmen” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Barangan Malaysia yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

 —Mohd Iskandar Ibrahim 

Exit mobile version