Site icon Sabah Baru News

Makna rombakan kabinet?

Datuk Seri Anwar ketika mengumumkan rombakan kabinet di Putrajaya.

PERTAMA adanya kelemahan, kedua untuk penambahan baikkan dan penyesuaian dan ketiga mungkin atas tuntutan (apabila nama baharu dilantik).

Menteri kesihatan yang dilantik adalah individu yang sama berlakunya jangkitan luarbiasa Covid-19 pada awal tahun 2020, kerana memandang mudah jangkitan virus tersebut. Kini dengan trend jangkitan mutasi Covid-19 yang baharu, diharapkan apa yang berlaku pada awal tahun 2020 tidak berulang.

Apa yang menarik berkaitan rombakan kabinet hari ini, apabila meletakkan Halehwal Sabah & Sarawak dibawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri II. Ertinya menerusi perubahan ini, keseriusan Kerajaan Persekutuan menyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Juga perlantikan menteri daripada Sabah untuk Kementerian perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup adalah langkah tepat, agar dapat dirangka satu pendekatan otentik untuk menekan kos sara hidup yang melanda rakyat Sabah dapat dikurangkan kalaupun tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Juga terlihat pada rombakan kabinet ini penambahan bilangan wakil rakyat yang dilantik, walaupun tiada tambahan daripada Sabah.

Andaian penganalisis berkaitan kementerian Ekonomi tidak menjadi kenyataan, apabila menteri yang sama dikekalkan. Pun demikian, perlantikan Menteri Kewangan Ke-II daripada kalangan profesional menjadi kenyataan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version