Site icon Sabah Baru News

UMNO, daripada parti besar kepada parti kecil

Umno telah kehilangan kuasa pada tahun 2018, kalau bukan ehsan parti lain tidak akan menjadi sebahagian kerajaan sejak Mac 2020.

PEMIMPIN Umno bukan sahaja menerima akan tetapi sedar parti itu bukan lagi parti besar akan tetapi parti kecil.

Pengecilan parti itu bukan kerana kehendak parti yang masih menganggap mempunyai lebih 3 juta ahli akan tetapi keputusan kaum yang menjadi asas penubuhan parti itu, iaitu kaum melayu.

Kaum melayu secara umumnya tidak mahu lagi diwakili parti itu, atas sebab itu, parti itu ditolak di kawasan-kawasan majoriti kaum itu.

Umno telah kehilangan kuasa pada tahun 2018, kalau bukan ehsan parti lain tidak akan menjadi sebahagian kerajaan sejak Mac 2020.

Petanda jelas bahawa parti itu bukan sahaja parti kecil dan parti pelengkap, apabila pemimpin parti itu sanggup menerima jawatan “downgrade” tidak seperti mana kebiasaan pemimpin parti itu di masa-masa lalu.

Pengerusi Umno Sabah semasa pembentukan kabinet pertama kabinet Kerajaan Persekutuan pernah mengeluarkan kekecewaan kerana kurangnya MP parti itu daripada Sabah. Kini suara itu tenggelam, apabila salah seorang MP parti itu daripada Sabah digugurkan tanpa pengganti.

Umno sudah menerima bahawa parti itu tiada kekuatan lagi, atas sebab itu merasa berterima kasih apabila dilantik sebagai timbalan menteri.

Di Sabah khasnya walaupun Umno negeri dilantik ke jawatan timbalan menteri, akan tetapi jawatan itu adalah jawatan tiada kena mengena dengan akar umbi parti itu.

Semasa parti itu berkuasa kedudukan jawatan akan digunakan untuk membantu akar umbi parti itu semata-mata untuk mempertahankan sokongan, kini “kemudahan” itu tidak lagi “dinikamti” penyokong parti itu.

Penyokong parti itu tidak sama dengan penyokong parti lain yang terbiasa berlapar, tidak menunjuk-nunjuk, kerana memang tiada kelebihan untuk itu, atas sebab itu ketua bahagian parti itu sanggup menerima jawatan penyelaras giat mara, suatu jawatan “downgrade” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

MARA adalah badan berkanun milik negara bukan milik parti, akan tetapi menteri yang bertanggungjawab adalah daripada parti itu, maka menggunakan kedudukan itu untuk membantu ahli dan penyokong parti.

Kepada rakyat Sabah yang masih bersimpati dengan parti itu, perlu memikirkan semula pendirian, bahawa parti itu tidak lagi boleh menjadi sandaran, kerana kedudukan parti itu menuju parti matahari terbenam.

Kena lah terima hakikat, bahawa Umno bukan lagi pilihan kaum melayu, kerana itu, kebarangkalian untuk bangkit ibarat jauh ikan daripada panggang. Jika kaum yang mendasari parti itu menolak, maka tiada sebab rakyat Sabah tidak ikut menolak. Tepuk dada tanya selera.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version