Site icon Sabah Baru News

Jeffrey rasmikan jambatan gantung di Kg Bandukan Lama

SIMBOLIK: Jeffrey (dua kanan) merasmikan jambatan gantung Tinunon di Kg Bandukan Lama sambil disaksikan oleh Robert (kanan), Ellron (dua kiri) dan pemimpin setempat.

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan hadir merasmikan jambatan gantung Tinunon di Kampung Bandukan Lama, baru-baru ini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dalam ucapan berharap dengan adanya jambatan itu ia berupaya membantu memudahkan pergerakan penduduk setempat yang kebanyakannya merupakan pekebun.


“Semoga dengan terbinanya jambatan gantung ini ia sedikit sebanyak dapat membantu para pekebun mengusahakan tanah dengan lebih giat,” katanya.


Dalam pada itu Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Pertanian dan Industri Makanan (MAFFI) turut melepaskan 2,100 anak ikan ke Sungai Bayayoh di Kampung Bandukan Lama.


Turut serta menjayakan program itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred Angin; Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik; Profesor Adjung;  Ahli Tetap Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) dan Ahli Panel Penasihat Industri Universiti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Yap Yun Fook; Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Lee Nyuk Choon @Jamilah Ariffin; Pegawai Perikanan Wilayah Pedalaman, Harun Duin; petugas Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version