Site icon Sabah Baru News

Kerjasama UMNO-WARISAN : Politik undur ke belakang

RAKYAT Sabah sewajarnya diberi ruang dan peluang maju ke hadapan-move forward, bukan diajak semula undur ke belakang.

Ruang dan peluang maju ke hadapan, adalah peluang terbaik rakyat Sabah menentukan visi dan hala tuju sendiri, tanpa bergantung pada mana-mana pihak.

Selepas Kerajaan Era Tun Mustpaha tumbang pada taun 1976, rakyat Sabah menjadi jambatan politik pihak lain, menuju ke hadapan, natijahnya, rakyat Sabah kekal sebagai jambatan untuk mencapai impian pihak lain.

Apabila visi Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United diterjemahkan sebagai teras perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), maka ianya menjadi ruang dan peluang keemasan rakyat Sabah mengembalikan visiya sendiri.

Malangnya ada pemimpin negeri yang mempimpin parti sendiri mengajak pula parti yang sekian lama menjadikan rakyat Sabah sebagai jambatan, untuk menghalang visi dan perjuangan rakyat negeri merealisasikan citra sendiri.

Masa yang paling dekat rakyat Sabah merealisikan hala tuju sendiri ada lah menerusi PRN17 Sabah. PRN itu, merupakan titik permulaan berubahnya politik negeri secara total dan kembali ke asal seperti mana era 60-an hingga 70-an, iaitu rakyat memberi mandapat pada parti lokal/tempatan sebagai peneraju negeri.

Rakyat Sabah tidak mampu lagi menjadi jambatan pihak lain untuk menikmati singgahsana kuasa, melainkan perlu berdiri di kaki sendiri demi masa depan rakyat dan negeri.

Cukup-cukup lah menafikan hak-hak negeri dan rakyatnya, walaupun sokongan telah diberikan secara tulus dan ikhlas berdekad lamanya, malangnya, harapan yang telah ditaburkan, tinggal harapan, termasuk lah hak-hak rakyat dan negeri masih terus diperjuangkan, walaupun ianya telah dipersetujui menerusi perjanjian rasmi dan muktamad sejak 60 tahun lalu.

Kepada rakyat negeri, peluang yang terbentang di mata ada lah PRN17 Sabah, yang boleh berlaku bila-bila masa daripada sekarang.

Rakyat negeri perlu maju ke hadapan, jangan sesekali terpikat dengan ajakan pihak-pihak lain untuk undur ke belakang, seperti mana hasrat pemimpin Parti Warisan dan sesetengah pemimpin Umno Sabah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version