Site icon Sabah Baru News

Kedinamikan dan keunikan politik Sabah perlu berlabuh

GRS perlu bersedia supaya jangan terperangkap dengan jerat permainan politik, sebaliknya kekal dengan MISI rumah kita, kita jaga, dan memberi tahu rakyat, bahawa perjuangan GRS sangat jelas iaitu SABAHFIRST, SABAHFORWARD, SABAHPROSPER DAN SABAHUNITED demi SAYANGI SABAH, agar Sabah menuju kestabilan politik dalam rangka memakmurkan dan mensejahterakan rakyat.

KEDINAMIKAN dan keunikan politik Sabah berdekad lamanya perlu dinoktahkan, kerana terbukti lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan pada rakyat dan negeri.

Kesan pada kedinamikan dan keunikan itu, enam buah kerajaan berganti-ganti dengan 16 ketua menteri, rekod tertinggi di negara ini.

Pergantian kerajaan dengan jumlah ketua menteri teramai, menyebabkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan pembangunan perlahan berbanding negeri jiran Sarawak, dan jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Kerapnya bertukar kerajaan, seperti kata peribahasa sekali air bah sekali pantai berubah. Perubahan kerajaan memberi sumbangan tidak berterusannya strategi kemajuan dan pembangunan, kerana setiap kerajaan yang mengambil alih mengubah dasar lama dan melaksanakan dasar baharu yang perlu bermula daripada awal dan tentunya berhadapan cuba dan salah termasuk lah seperti kera mendapat bunga, seperti tikus membaiki labu.

Sudah tiba masanya Sabah mempunyai identiti politik yang mapan dan kekal, untuk merealisasikan kestabilan berkekalan, dan pada gilirannya dapat memakmurkan rakyat dan negeri, dan merealiasiakan kesejahteraan menyeluruh yang berpanjangan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai tujuh parti- Gagasan Rakyat, STAR, PBS, SAPP, USNO, LDP dan PHRS memberi rakyat Sabah masa depan yang cerah melalui perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United demi SAYANGI SABAH.

Memperkuat GRS menerusi sokongan tidak berbelah bahagi, adalah peluang keemasan bagi rakyat Sabah yang tidak boleh dilepaskan, dan anggap lah GRS itu ibarat RUMAH KITA, KITA YANG JAGA.

GRS mempunyai matlamat dan visi pengwujudan identiti politik negeri berasaskan lokal yang turut sama menyuburkan ekosistem Persekutuan.

GRS ada lah platform perjuangan rakyat negeri dalam arena demokrasi dalam negara, tidak menjadi jambatan mana-mana pihak kecuali rakyat Sabah sendiri untuk menjadikan rakyat dan negeri MAJU JAYA.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version