Site icon Sabah Baru News

Robert sampaikan sumbangan kepada Ketua-Ketua Komuniti Gereja DUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima sempena perayaan Natal sempena majlis itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada Ketua-Ketua Komuniti Gereja sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor untuk keperluan aktiviti gereja sempena dengan Perayaan Natal dan Tahun Baru 2024.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor ketika ditemui mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Natal dan Tahun Baru kepada semua masyarakat di Bingkor yang meraikannya, dengan harapan semoga ia dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturahim.


“Selamat menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2024 kepada semua masyarakat DUN Bingkor yang meraikannya dan berharap perayaan yang diraikan dengan penuh sukacita bersama keluarga, rakan-rakan dan saudara mara dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan, ” katanya.

Ketua-ketua komuniti gereja yang menerima sumbangan daripada Robert pada majlis itu rata-rata merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan wakil rakyat.


Hadir sama Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Yazid Mohd Hasnan Tawik@Charles; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Bingkor Tinus Majip; Ketua Daerah Bingkor OKK Daniel Palangi; Penyelia Masyarakat Bingkor, Zaki Zakaria; semua Pemaju Mukim dalam kawasan DUN Bingkor serta staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version