Site icon Sabah Baru News

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bakal menghantui rakyat

Bagi kerajaan semakin tinggi harga barangan dan perkhidmatan maka semakin banyak kutipan cukai. Persoalannya, apakah pengguna atau rakyat dalam golongan B40 atau sebahagian M40 mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan mencukupi?

PENGHAPUSAN subsidi elekterik, diesel dan petrol bagi golongan T20 selain kenaikkan cukai jika dikaji dengan mendalam tidak akan membebankan golongan ini.

Sebagai golongan yang menguasai berbagai perniagaan, mereka mempunyai 1001 cara berhadapan kesan daripada kebijaksanaan fiskal yang diperkenalkan bermula tahun ini.

Cara yang paling jelas adalah dengan memindahkan kesan itu kepada pengguna menerusi kenaikkan harga barang dan perkhidmatan. Ertinya bermula tahun ini, kenaikkan harga barang dan perkhidmatan akan meningkat kalau pun tidak mendadak akan tetapi secara berperingkat.

Akan dilihat nanti bagai mana kadar inflasi dan indeks pengguna akan diketahui pada suku pertama tahun 2024.

Bagi kerajaan semakin tinggi harga barangan dan perkhidmatan maka semakin banyak kutipan cukai. Persoalannya, apa kah pengguna atau rakyat dalam golongan B40 atau sebahagian M40 mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan mencukupi? Apa kah subsidi bersasar kerajaan mampu komplimen kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan bagi golongan ini?

Pemindahan kesan penghapusan subsidi pada T20 dan kenaikkan cukai 2 peratus ke 8 peratus daripada 6 peratus, tentunya akan mempengaruhi kos sara hidup terutama bagi golongan rentan.
Setiap kebijaksanaan baharu, akan sentiasa melalui “no free breakfast” iaitu aksi akan sama dengan reaksi. At the end of the day back to square one, hanya bezanya, adanya segregasi antara rakyat menerima subsidi dan yang tidak.

Menurut laporan, negara menanggung RM81 bilion subsidi pada tahun 2023, dan jumlah itu mungkin akan kekal sama pada tahun ini. jika dipadankan dengan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) sasaran pemberian subsidi yang berjumlah 6 juta, maka purata setiap KIR menerima RM1,125 sebulan (75 peratus daripada gaji minimum RM1,500).

Jika memang tujuan kerajaan membantu KIR, bukan kah lebih baik disalurkan sahaja subsidi itu secara langsung, kemudian membiarkan harga barang dan perkhidamatan menentukan harga sendiri sesuai dengan hukum supply and demand? Jika cara ini dipilih maka dapat mengelak ketirisan subsidi termasuk penyeludupan.

Membiarkan hukum supply and demand mengambil tempat dalam penentuan harga banyak kebaikkannya termasuk dapat mencegah pasaran gelap, pencatutan, kerana kesan persaingan yang jelas antara pembekal berpandukan pada kekuatan permintaan.

Salurkan langsung peruntukan subsidi itu pada pengguna akhir untuk meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan, sekali gus mencerminkan kekuatan daya beli mereka.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version