Site icon Sabah Baru News

Ambil alih SESB satu cabaran

Keputusan menyerahkan SESB pada tahun 1984 kepada TNB, agar syarikat itu dapat menyediakan sumber tenaga yang mencukupi bagi rakyat dan negeri, akan tetapi malangnya hasrat itu tidak tercapai.

MENGAPA dikatakan ambil alih SESB satu cabaran, sebabnya syarikat itu menjual tenga di bawah kos pengeluaran, jika menurut Pengerusinya, Datuk Madius Tangau, kos pengeluaran adalah RM0.43 sen seunit tetapi menjualnya pada RM0.34 sen seunit. Kerana pendekatan itu, maka Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM800 juta pada tahun lalu, sebagai ganti rugi kerana perbezaan harga.

Dalam jangka masa 7 tahun kerajaan negeri mencari jalan bagaimana mengurangkan kos pengeluaran menerusi berbagai sumber penjana tenaga dengan kos pengeluaran di bawah harga jualan supaya pengguna khususnya rumah-rumah kediaman menikmati tarif yang berpatutan dan tidak menaik.

Apabila pada tahun 2030 kerajaan negeri mengambilalih syarikat utiliti itu sepenuhnya, dengan kata lain TNB melepaskan pegangan 83 peratus, syarikat utilti itu bukan sahaja beroperasi dengan pengeluaran yang rendah juga boleh menjana keuntungan agar dapat membayar dividen kepada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri sedang mengatur berbagai strategi menambah sumber tenaga, seperti mana terkandung dalam Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (EcoS).

Peluang mengatur sumber tenaga bagi negeri yang diberikan pada TNB sejak tahun 1984, ternyata tempoh masa 40 tahun adalah tempoh masa yang terbuang, atas sebab SESB secara teknikal adalah syarikat muflis, selain menanggung bebanan hutang yang cukup besar.

Selama 40 tahun tidak dirangka bagaimana SESB sebagai syarikat utiliti mempunyai penjana tenaga sendiri, akan tetapi bergantung pada IPP yang dimiliki syarikat-syarikat lain.

Keputusan menyerahkan SESB pada tahun 1984 kepada TNB, agar syarikat itu dapat menyediakan sumber tenaga yang mencukupi bagi rakyat dan negeri, akan tetapi malangnya hasrat itu tidak tercapai.

Apabila keputusan kerajaan negeri mengambilalih kawalselia tenaga, baru terdedah, kegagalan penyerahan itu 40 tahun lalu. Jika tiadanya inisiatif kerajaan negeri mengambilalih kawalselia tenaga, tiada siapa yang tahu bagai mana keadaan bekalan tenaga di Sabah.

Kini, secara umumnya rakyat Sabah sedikit mengerti, mengapa berlaku kerapnya kejadian “black-out” kerana syarikat yang dikenali sebagai pembekal tenaga, iaitu SESB rupanya berperanaan sebagai fasilitator pada pembekal elektrik yang dioperasikan oleh IPP, kerana tidak mempunyai penajana tenaga yang mencukupi.

Diharapkan dalam tempoh 7 tahun, EcoS boleh membantu SESB menyediakan sepenuhnya punca bekalan tenaga bukan sahaja cukup akan tetapi mengurangkan kejadian LAMPU PADAM.

Akan dibuktikan nanti, agensi yang diatur urus oleh kerajaan negeri apakah boleh menyelesaikan warisan 40 tahun penyerahan SESB kepada TNB!!!. Sama-sama kita nantikan.


*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version