Isteri Ketua Menteri rasmi Majlis Pelancaran Piala DSPDHJL tahun 2024
Elle AB
KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag merasmikan Pelancaran Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag (DSPDHJL) tahun 2024, anjuran Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA, di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu pada malam Jumaat.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya negeri dan juga Presiden SAFA, Datuk Shahelmey Yahya.