Site icon Sabah Baru News

Tiada kejutan bakal berlaku pada PRN17 Sabah

Kehadiran pemimpin politik seperti Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) dan Datuk Bung Moktar Radin (kanan) tidak memberi apa-apa faedah pada rakyat Sabah, kerana tiada apa yang mereka boleh berikan pada rakyat, selain menimbulkan kecelaruan dan ketidak stabilan.

APA yang jelas pada PRN17 Sabah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menang, walau apa cara sekalipun kerjasama antara parti-parti diluar GRS untuk kekal relevan dan mengharapkan sokongan kecuali parti-parti yang berkolaborasi dengan parti yang memerintah negeri tersebut.

Kecelaruan politik Sabah akan melabuhkan tirainya pada PRN itu, dan menuju kestabilan.

Rakyat Sabah pada hakikatnya telah penat dengan kecelaruan politik yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

Ada lah diyakni, pada PRN itu, para pemimpin atau parti yang menjadi punca pada kecelaruan politik akan ditolak, kalaupun tidak sepenuhnya akan tetapi mereka dalam keadaan hidup segan mati tak mahu.

Kehadiran pemimpin politik seperti Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin tidak memberi apa-apa faedah pada rakyat Sabah, kerana tiada apa yang mereka boleh berikan pada rakyat, selain menimbulkan kecelaruan dan ketidak stabilan.

Mereka ini kehilangan kelayakan sekalipun sebagai pemimpin semak dan imbang, kerana tindakan mereka tidak memberikan sebarang nilai tambah untuk memajukan dan membangun negeri dan rakyat.

Kehadiran mereka lebih banyak keburukan berbanding kebaikan pada rakyat, kerana tiada nilai positif yang boleh diserap oleh rakyat daripada kepimpinan mereka.

Nampak dengan jelas, kepimpinan mereka seperti mana ditunjukkan oleh ADUN parti yang mereka pimpin bukan sahaja penuh hasad dengki akan tetapi dipenuhi dengan fitnah dan pembohongan, sebagai senjata untuk menarik perhatian rakyat.

Mereka lupa, pada era ini, rakyat telah celik dengan tindak tanduk politik, celik dengan tindak tanduk pemimpin, celik mana pemimpin membawa kebaikan dan kemajuan dan rakyat dan negeri.

Rakyat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat dan negeri, berbanding nostaligia dan latar belakang kesukuan dan kedaerahan seperti mana lalu-lalu. Terima kasih pada para pengundi baharu terutama mereka yang kali pertama dan undi18.

Trend perubahan itu sedikit sebanyak tergambar pada PRU15 di Sabah, apabila kecenderungan pengundi lebih terbuka berbanding sebelum ini. Kerana terbukanya kecenderungan itu, maka mana-mana parti atau pemimpin yang digemari dan diminati boleh menag, kerana pengundi tidak lagi tertakluk pada status quo.

Kepastian GRS sebagai pilihan rakyat sedikit sebanyak bergantung pada calon-calon parti itu, kerana pada PRN itu, rakyat secara umum mahukan bakal-bakal wakil rakyat yang mewakili mereka bukan sahaja berkelibar akan tetapi berintegriti.

Rakyat secara umum mahukan wakil-wakil rakyat mereka bukan hanya tampil semasa pilihan raya akan tetapi sepanjang masa, dalam keadaan susah dan senang bersama rakyat yang diwakili.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version