Site icon Sabah Baru News

Pergiatkan Program Jelajah GRS

Sekitar Majlis Pelancaran Jelajah Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Parti GRS pada 23 Julai 2023 bersamaan hari Ahad.

JELAJAH adalah salah satu mekanisme turun padang yang berkeadaan santai dan terbuka yang memungkin semakin tingginya kesempatan bersemuka antara pemimpin dan masyarakat akar umbi.

Selain itu juga untuk mengenalpasti profile setiap pengundi, lokaliti, iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk memudahkan jentera apabila tiba pilihan raya.

Salah satu kaedah mendapat sebanyak mungkin undi semasa pilihan raya apabila jentera telah mengenalpasti setiap profile pengundi di setiap PDM.

Memang di peringkat bahagian atau cawangan setiap AJK telah mengenalpasti profile pengundi, dan memungkinkan dibuat satu unjuran kebarangkalian jumlah undi yang bakal diperolehi oleh calon parti, akan tetapi menerusi jelajah kepimpinan maka selain memperkuat juga mempererat hubungan kepimpinan di peringkat akar umbi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk parti komponen terbaharu Gagasan Rakyat mengambil maklum kekuatan dan keberkesanan pendekatan jelajah kepimpinan, selain untuk mengenalpasti keadaan di lapangan juga sebagai masukan maklumat kepada pucuk pemimpin berkaitan keadaan sebenar di peringkat akar umbi.

Mana-mana pilihan raya, parti yang menguasai emosi dan denyut nadi akar umbi, adalah parti yang bakal keluar sebagai pemenang.

Rakyat secara umumnya walaupun mempertimbangkan kemajuan dan pembangunan yang sampai kepada mereka dan dirasai, akan tetapi menerusi sentuhan bersemuka mempunyai kesan yang lebih mendalam dan menjadi pertimbangan utama semasa pilihan raya.

Memang betul selain kekuatan parti, kepimpinan, calon juga memberi kesan yang cukup besar untuk menang pilihan raya. Calon yang merakyat, mudah diterima, disukai, sentiasa bersama rakyat dikala susah dan senang, merupakan ciri-ciri calon yang boleh menang.

Menerusi jelajah, setidak-tidaknya rakyat akan melihat sejauh mana komitmen kepimpinan terhadap rakyat, terutama berkaitan kehidupan termasuklah isu-isu kemudahan asas, peluang-peluang pekerjaan, ekonomi dan peluang kepimpinan melihat potensi setiap daerah yang dilawati.

Adalah diyakni program jelajah pergerakan Wanita GRS yang dipimpin Datuk Azizah Dun Banir, serta jelalah Gagasan Rakyat dipimpin Datuk Redonah Bahanda mempunyai masukan maklumat berkaitan akar umbi dan dikongsikan dengan pucuk pimpinan sebagai input jentera semasa pilihan raya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version