Site icon Sabah Baru News

Anak lelaki ketua biro Al Jazeera Gaza terkorban dalam serangan Israel

Salah seorang mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Hamza Wael al-Dahdouh, yang juga merupakan anak lelaki kepada Ketua Biro Al Jazeera Gaza, Wael Al-Dahdouh. -Reuters

GAZA: Dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza hari ini, menyaksikan angka kematian sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 109 orang.’

Pejabat Media Kerajaan dalam kenyataan memaklumkan salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai Hamza Wael al-Dahdouh, yang juga merupakan anak lelaki Ketua Biro Al Jazeera Gaza, Wael Al-Dahdouh.

Seorang lagi mangsa disahkan sebagai rakan setugas Hamza, Mustafa Thuraya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan mereka terkena peluru berpandu yang ditembak oleh Israel di Barat Khan Younis.

Susulan serangan tersebut, Pejabat Media Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya dengan menyifatkan ia sebagai jenayah kejam yang dilakukan tentera rejim Israel.

Pejabat itu turut menggesa semua kesatuan akhbar, hak asasi manusia dan badan undang-undang agak mengutuk jenayah berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Wael Dahdouh, 52, kehilangan isteri, anak perempuan serta cucunya pada bulan Oktober lalu dalam serangan udara Israel yang mengenai rumahnya.

AWANI

Exit mobile version