Site icon Sabah Baru News

Gagasan Rakyat Beaufort semakin mantap

Sekitar Majlis Jamuan Hi-Tea bersama Ketua Gagasan Rakyat Klias, Datuk Isnin Aliasnih (5 dari kanan).Parti KDM bahagian Beaufort yang diketuai YBhg Datuk Hjh Johair Matlani (4 dari kanan)bersama Jawatankuasa PKDM Bahagian P.177 Beaufort serta kepimpinan 3 Sayap PKDM bahagian mengumumkan keluar Parti untuk menyertai Gagasan Rakyat.

PENYERTAAN bahagian PKDM Beaufort ke Gagasan Rakyat yang diketuai mantan ketua bahagian dan Naib Presiden I parti itu Datuk Hjh Johair Mat Lani yang juga calon parti itu pada PRU15 lalu merupakan “boost” pada Gagasan Rakyat tertutama pada Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Limus Juri selaku ketua bahagian parti DUN Klias dan Kuala Penyu.

Penyertaan beramai-ramai itu berkuatkuasa pada Ahad (7 Januari 2024), diharapkan sebahagian besar daripada 8,052 undi yang mengundi parti itu pada PRU15 lalu turut sama berhijrah.

Undi yang diperolehi Datuk Hjh Johair adalah kedua terbanyak di belakang calon BN yang menang dengan majoriti 2,518 undi semasa PRU 15.

Di Majlis ini turut diserahkan borang keahlian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kepada YB Datuk Isnin Aliasnih , Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Klias merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah bertempat di Gem Hotel,Beaufort.

Penyertaan seseorang pemimpin yang mempunyai kedudukan pada sesebuah parti dan teruji mempunyai sokongan pada pilihan raya seperti Hjh Johair ada lah satu cerminan bahawa parti baru yang disertai semakin diterima rakyat.

Gagasan Rakyat adalah komponen termuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pun demikian parti yang dipimpin Ketua Menteri itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Sabah seperti mana dibuktikan meneusi jumlah keahlian yang terus meningkat.

Sebagai parti baharu yang dijenamakan, julung kali menyertai pilihan raya pada PRN17 Sabah akan datang.

Pada masa ini, Gagasan Rakyat merupakan komponen terbesar dalam GRS daripada segi jumlah ADUN.

Sesuai dengan sambutan rakyat terhadap parti itu, adalah diyakni kepimpinan GRS akan memperuntukan banyak kawasan untuk ditandingi parti itu pada PRN17 akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version