Site icon Sabah Baru News

Masih relevankah UMNO di Sabah?

Selepas 24 tahun UMNO menerajui kerajaan negeri tidak juga dapat menunaikan aspirasi dan harapan rakyat yang masih terbeban dengan isu-isu kemudahan asas yang sepatutnya tidak berlaku lagi pada sebuah negeri yang merdeka lebih setengah abad.

BETUL Umno adalah tulang belakang kerajaan Sabah bermula tahun 1994, dan berakhir pada PRU14, sama dengan berakhirnya kuasa parti itu di negara ini.

Rakyat negara ini secara umumnya tidak lagi menganggap kerelevanan parti itu apabila hampir menunjukkan untuk parti itu tutup kedai pada PRU15 dan PRN2023 enam negeri di Semenanjung.

Parti yang menjadi tulang belakang kerajaan sejak merdeka, hanya menang 19/108 kerusi yang ditandingi semasa PRN2023, satu indikasi bahawa parti itu tidak relevan lagi.

Betul menerusi kerajaan Perpaduan Umno masih diberi pelaung termasuk melantik Presiden sebagai Timbalan Perdana Menteri sesuatu yang janggal pada parti itu sebelum ini.

Posisi dalam kabinet, bukan lah satu jaminan untuk rakyat menyokong, kerana terbukti pada PRU15, Perdana Menteri daripada parti itu, malah menjadi poster boy untuk dilantik semula, jika rakyat memberi mandat.

Sebuah parti yang mana pemimpinnya adalah ketua kerajaan, dan memanggil pilihan raya untuk mendapatkan mandat baharu daripada rakyat, kemudian rakyat menolak, ianya satu petanda bahawa parti ditolak. Penolakan adalah sebahagian elemen bahawa parti itu tidak lagi relevan di mata rakyat secara umum.

Betul Umno khususnya Umno Sabah mendapat talian hayat pada PRN16 Sabah, dan kemudiannya membentuk kerajaan GRS-BN, akan tetapi, elemen kerakusan pemimpin parti itu yang menjadi faktor penolak kepada parti itu, masih digunakan sebagai pendekatan untuk merebut kuasa, termasuk khianat pada kawan yang memberikan talian hayat.

Pemimpin Umno masih tidak mahu bermuhasabah diri, bahawa kehilangan kuasa pada tahun 2018 kerana elemen kerakusan pemimpin parti itu, dan kekal mengulanginya.

Kini, rakyat secara umumnya percaya bahawa parti itu tidak akan berubah, dan jika diberi peluang, maka erti peribahasa seperti melepaskan anjing tersepit akan berlaku, kerana sifat tersebut, maka rakyat secara umum menganggap parti itu tidak lagi relevan dalam politik negara.

Apa yang pasti, setinggi mana pun anggapan pemimpin parti itu, bahawa parti itu masih relevan, tidak akan dapat memaksa kuasa rakyat.

Kenyataan Presiden parti itu pada Isnin di Kota Belud, bahawa kerjasama Umno dengan parti lain hanya akan ditentukan selepas DUN ke-16 Sabah dibubarkan, menunjukkan, bahawa pemimpin parti itu hanya mencari parti yang boleh memberikan talian hayat seperti mana diberikan oleh GRS dan PBS pada PRN16 Sabah.

Bagi parti yang memerintah Sabah perlu berhati-hati supaya jangan terperangkap dengan tindak tanduk pemimpin parti itu, dan perlu beringat, jangan sampai dipatuk ular di lubang yang sama.

Kena beringat, bahawa secara umumnya, rakyat Sabah tidak lagi menganggap kerelevanan parti itu di negeri di bawah bayu, apa tah lagi dengan kehadiran parti lokal Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang bertag, RUMAH KITA, KITA JAGA.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version