Site icon Sabah Baru News

Langkah Dubai ada muslihat tertentu

Langkah Dubai yang trending sekarang ini, secara tersirat mempunyai niat tertentu daripada pihak tertentu terhadap GPS dan GRS, atas sebab PMX dilihat memberi keutamaan pada dua parti blok Borneo itu, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). (Gambar Hiasan)

SISTEM demokrasi negara, Jika mana-mana parti ada sokongan 112/222, maka boleh memohon perkenan Yang DiPertuan Agong untuk membentuk kerajaan.

Sokongan itu boleh dibuktikan samada menerusi undian di Dewan Rakyat atau surat akuan bersumpah (SD).

Mana-mana ahli parlimen boleh menyatakan sokongan pada mana-mana pemimpin termasuk pemimpin parti lawan. Menyokong tanpa bertukar parti.

Dalam keadaan kerajaan Persekutuan hari ini, tidak akan tumbang tanpa sokongan GPS dan GRS.

Langkah Dubai yang trending sekarang ini, secara tersirat mempunyai niat tertentu daripada pihak tertentu terhadap GPS dan GRS, atas sebab PMX dilihat memberi keutamaan pada dua parti blok Borneo itu, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam senario politik negara ini pada masa sekarang, jika berlaku gabungan antara GPS, GRS dan PH maka akan menjadi kekuatan politik baharu dalam negara.

Gabungan itu sangat dibimbangi pihak-pihak tertentu, kerana boleh menyebabkan parti mereka tidak relevan atau tiada kesan dalam pembentukan kerajaan.

Sebelum berlaku perkara yang dibimbangi, maka perlu tindakan menghalangnya supaya tidak berlaku, menerusi taktik adu domba antaranya LANGKAH DUBAI.

Benar lah apabila langkah Dubai mula diperkatakan mengundang pemimpin GPS dan GRS menafikan pengelibatan, malah Premier Sarawak terpaksa terbang menemui Perdana Menteri untuk menyatakan penafian selain menyatakan sokongan kekal sehingga penggal ke-15 parlimen tamat.

Di Sabah pula pengerusi GRS dengan tegas menyatakan tidak akan terlibat atau merestui apa-apa tindakan untuk mengganggu kestabilan kerajaan Perpaduan.

Seperkara lagi, GPS dan GRS bukan lah blok parti yang kemaruk kuasa, para pemimpin blok Borneo itu hanya mahukan kerajaan Persekutuan yang stabil dan kukuh.

Juga para pemimpin dua blok parti tidak akan mengulangi perangkap yang berlaku selepas PRU15, apabila pada masa itu telah menyatakan sokongan pada Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon PMX, akan tetapi, kerana tindakan 10 MP BN membuat pusingan U pada pusingan ke-3 pemilihan PMX, maka dua blok parti itu menyerahkan keputusan pada YDP Agong, mana-mana pemimpin Baginda beri perkenan, maka dua blok parti itu akur.

Ertinya jika terdapat mana-mana langkah membabitkan mana-mana MP dalam BN terutama yang 10 itu, GPS dan GRS tidak akan sudi dipatuk ular di lubang yang sama. Bukan itu sahaja, keputusan dua blok parti ITU menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal adalah MUKTAMAD.

Apa yang jelas sebarang langkah menumbangkan kerajaan sebenarnya mempunyai muslihat politik tertentu dan cuba mengkambinghitamkan GPS dan GRS, itu lah matlamat tersirat dan tersurat daripada sebarang langkah yang direka.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version