Site icon Sabah Baru News

Usaha Kerajaan GRS-PH Plus Mengatasi Kekurangan Bekalan Air

Arthur mengulas kenyataan akhbar oleh YB Menteri (YBM) Kementeria Kerjaraya Sabah,Datuk Shahelmey Yahya di portal berita Bahasa Inggeris baru-baru ini.

Usaha Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah- Pakatan Harapan ( GRS-PH )Plus Mengatasi Kekurangan Bekalan Air di Utara Kawasan Kota Kinabalu (KK). Universiti Malaysia sabah (UMS_ termasuk dalam kawasan Utara KK. Saya terjemahkan kenyataan akhbar oleh YB Menteri (YBM) Kementeria Kerjaraya Sabah,Datuk Shahelmey Yahya .

Sememangnya Sabah mengalami masalah kekurangan air. Kekurangan ini disebabkan peningkatan permintaan dan kecurian air oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab secara berterusan.

Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan GRS-PH plus telah memulakan pembinaan fasa 2 iaitu loji rawatan air Telibong 2 pada hujung tahun lepas. Kini kerja-kerja pempaipan sedang dilakukan untuk maksud penyaluran kepada pengguna. Kerja-kerja ini dijangka siap pada penghujungan bulan Januari 2024.

Bagi kes spesifik di UMS, sebelum ini UMS dibekalkan oleh Kerajaan negeri sejumlah 2.7 Juta Liter Sehari (MLD) untuk memenuhi permintaan sebanyak 2.98 MLD. Pada bulan Disember terdapat kenaikan permintaan sebanyak 5 MLD. Jabatan Air berusaha memenuhi permintaan tersebut dengan mengunakan penghantaran lori tangki.

Semoga kerja-kerja pembinaan loji Telibong 2 dan kerja-kerja pempaipan ini dapat diselesaikan spt dlm jadual. Sila ambil maklim bhw Kerajaan persekutuan melalui kementerian kewangan, pendidikan dan UMS juga sedang berusaha memenuhi keperluan mereka. Ini adalah kerja berasingan daripadausaha kerajaan negeri GRS-PH Plus.

Sekian harap maklum.

*Datuk Arthur Sen ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)
** Artikel ini berdasarkan kenyataan Facebook beliau.

Exit mobile version