Site icon Sabah Baru News

Benarkah politik Sabah bergolak?

Dalam GRS, setiap etnik di Sabah diwakili dan mewakili parti-parti politik yang berada dalam gabungan , iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidarity Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Pada 7 Januari 2024 Harian Metro melaporkan bahawa Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan ke Kota Kinabalu hari ini bagi menyelesaikan situasi politik Sabah yang didakwa sedang bergolak.

Saya terbaca kenyataan ini, lalu timbul tanda tanya dalam minda saya bahawa apakah yang sedang bergolak? Setahu tahu saya sebagai Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), tiada pergolakan dalam PBS. Saya juga tiada dengar desas -desus pergolakan berlaku dalam mana-mana parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Oleh kerana dalam laporan beberapa portal berita lain, dinyatakan bahawa beliau (Presiden UMNO) akan membuat kenyataan media  kemudian. Maka saya tunggulah.

 Susulan daripada itu, memang ada kenyataan media  disiarkan oleh Portal Free Malaysia Today (FMT) tentang kehadiran Presiden UMNO yang dinyatakan oleh Setiausaha Politik beliau. Dalam kenyataan itu, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri (Supol TPM_, Tuan Jamal Nerubi, menyatakan bahawa kehadiran Presiden UMNO itu bukan sebab isu politik. Lawatan itu adalah lawatan kerja rasmi atas jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Kadamaian dan Rumah Terbuka Christmas ADUN Kedamaian.

Setiausaha politik beliau juga mengatakan :

“Kita nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan ini adalah usaha memburukan nama timbalan perdana menteri di samping usaha untuk memecah belahkan kesatuan dalam Umno Sabah,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Kenyataan media ini agak tidak konsisten. Sekejab cakap datang untuk selesaikan pergolakan politik, esok cakap lawatan kerja rasmi pula. Tiba-tiba ada kenyataan lain macam saja.Entah dakwaan apa? Aiyaaa bikin suspen saja .

Untuk makluman netizen, tiada pergolakan dalam parti-parti kompenan GRS. Parti lain, itu saya tidak tahulah. Diorang saja tahu.

*Datuk Arthur Sen ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)
** Artikel ini berdasarkan kenyataan Facebook beliau.

Exit mobile version