Site icon Sabah Baru News

Kesan apabila tiada parti dapat mandat rakyat

kenyataan seperti “ mempunyai sokongan majoriti mudah” dan “sokongan kukuh, kuat dan meyakinkan”  “telah cukup SD, hanya tunggu masa” juga adalah sebahagian strategi bahawa parti dipimpin pemimpin tertentu untuk kekal “afloat”. (Gambar Hiasan)

MENJADI pengajaran pada rakyat negara ini apabila keputusan pilihan raya TIADA parti dapat mandat majoriti.

Kesannya walaupun kerajaan dapat dibentuk dengan perantara Yang DiPertuan Agong, akan tetapi baik kumpulan parti yang membentuk kerajaan dan yang membangkang mengerakkan berbagai strategi agar kenampakan keapungan dan relevannya blok parti masing-masing.

Masing-masing pemimpin cuba membuat kenyataan “mematikan” termasuk kenyataan tidak berasas, akan tetapi kedengaran ada basis, seperti sumbangan tauke judi atau sumbangan ratusan juta pada pihak-pihak tertentu.

kenyataan seperti “ mempunyai sokongan majoriti mudah” dan “sokongan kukuh, kuat dan meyakinkan”  “telah cukup SD, hanya tunggu masa” juga adalah sebahagian strategi bahawa parti dipimpin pemimpin tertentu untuk kekal “afloat”.

Selain itu pihak-pihak tertentu yang berkeadaan hidup segan mati tak mahu, agar dilihat relevan, maka “mengupah” spin doktor, yang mempunyai “kebolehan luarbiasa”, termasuk mengetahui perbisikan dalam kain pemimpin yang menjadi sasaran.

Spin doktor membuat berbagai plot seolah-olah betul, dan kemudiannya pemimpin dibelakangnya mengsahkan bahawa plot demikian adalah sahih dengan tidak segan silu membabitkan “risikan” entah daripada pihak mana.

Dalam isu Langkah Dubai misalnya, adalah satu plot untuk mendeskreditkan GPS dan GRS secara tidak langsung, kerana jelas, tanpa sokongan dua blok parti Borneo itu gerakan menjatuhkan kerajaan tidak akan berlaku.

Tersangat jelas parti-parti yang bermasalah yang menyokong kerajaan Perpaduan adalah Umno/BN. Kerana masalah dalaman parti itu, maka berbagai pihak termasuk pemimpin parti itu sendiri merasakan parti itu tidak relevan lagi pada percaturan politik di masa hadapan.

Kerana indikator tersebut, maka perlu mencari parti yang dikambinghitamkan agar terpalit “noda” untuk dijauhi, dan seterusnya jangan berlaku kerjasama dengan parti itu, kerana dalam senario politik sekarang kerjasama berbagai parti yang membabitkan blok parti Borneo akan menjadi kekuatan politik baharu.

Malangnya plot yang diatur secara tidak langsung itu dimaklumi pemimpin dua blok parti Borneo itu, sehinggakan premier Sarawak, mengeluarkan kenyataan “GPS bukan paloi” “ kamik tahu mengukur baju dibadan sendiri”, sementara Pengerusi GRS Sabah pula membuat kenyataan tidak akan terlibat atau merestui mana-mana gerakan menjatuhkan kerajaan, dan komited menyokong kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Umno merasa bahang penolakan rakyat terhadap parti itu, selepas dibuktikan menerusi pilihan raya. Parti itu sudah menjadi parti hidup segan mati tak mahu, atas sebab itu berbagai strategi dilakukan agar kelihatan relevan.

Di Sabah misalanya kenyataan Datuk Bung Moktar Radin, bahawa ada parti mahu bekerjasama dengan parti itu (parti itu adalah Warisan, walaupun tidak dirujuk secara spesifik) bagi menghadapi PRN17 Sabah akan datang, adalah satu anggapan bahawa parti itu masih relevan.


Merekayasa Langkah Dubai,  dalam prespiktif lain di pihak kerajaan adalah bertujuan untuk mengalih pandang isu yang dihadapi seperti kos sara hidup, masalah PADU, masalah rasuah membabitkan pengambilan tenaga kerja asing yang membabitkan menteri (kini mantan menteri) di pihak Perikatan Nasional (PN) pula mengambil peluang (hanya dilakukan oleh Menteri Besar Kedah dan beberapa ahli parlimen daripada Bersatu, antaranya Datuk Rosol Wahid) untuk menambah kecelaruan, walaupun secara umumnya, PN tidak terlibat dengan gerakan fantasi tersebut.

Langkah Dubai, telah terbabas jauh apabila ada blogger  nakal membuat dakwaan kononnya seseorang memberi rasuah pada YDP Agong agar Baginda memberi perkenaan gerakan menjatuhkan kerajaan. Ekoran dakwaan itu, Tun Dr Mahathir menerusi FB mantan Perdana Menteri itu dengan sinis  bertanya, apa kah penerima juga perlu ditangkap? kerana telah melakukan jenayah rasuah.

Hakikatnya apa pun alasan yang digunakan untuk mencipta gerakan fantasi menumbangkan kerajaan, boleh memudaratkan negara, kerana berkesan pada kemasukan pelabur asing dalam negara.

Kesimpulannya, rakyat negara ini, perlu berfikir masak-masak semasa mengundi pada pilihan raya untuk memastikan ada parti yang mendapat mandat majoriti agar tidak berulang lagi kecelaruan politik yang meremaskan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version