Site icon Sabah Baru News

SESB akan terus berusaha penuhi agenda pembangunan kerajaan

Madius berkata, pembinaan projek PPU Lingkudau telah dimulakan pada 29 Disember 2020 dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM30 juta.

RANAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan terus berusaha untuk memenuhi agenda kerajaan bagi memastikan rakyat menerima bekalan tenaga elektrik yang mencukupi, dipercayai, eifisien, berpatutan dan selamat.

Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kesilapan lalu akan diambil iktibar agar apa pun kesilapan terdahulu tidak berulang.

“SESB akan terus berusaha sebagai pemangkin kepada penjana ekonomi Sabah, khasnya menerusi agenda Sabah Maju Jaya, seterusnya memenuhi peranan sebagai syarikat pembangun dan pembekal tenaga elektrik untuk Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Lingkudau yang disiapkan ini mampu memperkasakan proses penyambungan talian bekalan tenaga elektrik di Ranau ke Sabah Grid kini boleh mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” katanya pada majlis pelancaran PPU 33/11Kv Lingkudou Ranau, di sini hari ini.

Katanya, pembinaan projek PPU Lingkudau telah dimulakan pada 29 Disember 2020 dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM30 juta.

Bagaimanapun katanya, projek yang melibatkan pembinaan bangunan setinggi dua tingkat di kawasan tapak seluas 0.766 ekar ini melewati dari tarikh jangkaan siap iaitu pada 22 Jun 2022. 

“Tempoh pembinaan projek ini kemudiannya dilanjutkan selama 12 bulan. 

“Terima kasih kepada Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) selaku penguasa projek kerana akhirnya PPU ini siap dan telah pun beroperasi pada 10 Januari 2024,” katanya.

— Yap Siong Han

Exit mobile version