Site icon Sabah Baru News

Laluan penerbangan Kota Kinabalu-Jakarta dibuka semula

AirAsia dijadualkan terbang dari Jakarta ke Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari (waktu Jakarta) pada 6 Februari, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 3.55 petang (waktu tempatan).

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji langkah AirAsia mengembalikan semula penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu-Jakarta pada 6 Februari depan.

Beliau berkata, ia adalah tindakan yang tepat pada masanya memandangkan permintaan semakin meningkat untuk perjalanan ke luar negara.

“Pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia untuk pelancong dari semua negara sejak April 2022 merancakkan percutian ke luar negara.

“Langkah pembukaan semula penerbangan ke luar negara memberikan pelanggan memilih lebih banyak destinasi percutian memandangkan perayaan Tahun Baharu Cina bakal tiba tidak lama lagi.

“Kita juga mengalu-alukan penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu selepas pandemik dan ia adalah penerbangan antarabangsa kesepuluh syarikat penerbangan itu ke Sabah,” katanya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji langkah AirAsia mengembalikan semula penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu-Jakarta pada 6 Februari depan.

Tambahnya, kekerapan penerbangan difahamkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

AirAsia dijadualkan terbang dari Jakarta ke Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari (waktu Jakarta) pada 6 Februari, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 3.55 petang (waktu tempatan).

— Vivi Olviana Najurus

Exit mobile version