Site icon Sabah Baru News

Zahid bimbang UMNO bakal tidak bangkit lagi?

Dato' Seri Di Raja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

PERTUKARAN kerajaan Persekutuan semakin jelas tidak menjadi, selepas PRN2023 enam negeri, atas sebab, walaupun Umno kalah teruk, dan PN menang banyak kerusi di Selangor dan Pulau Pinang, akan tetapi TIADA seorangpun daripada 148/222 ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perpaduan bertukar sokongan, malah berlaku sebaliknya.

Dalam keadaan sokongan kukuh lebih 2/3, entah angin mana Timbalan Pengarah J-KOM membuat kenyataan berkaitan Langkah Dubai yang memperanjatkan semua pihak termasuk yang dikatakan dalang, iaitu Perikatan Nasional.

Demikian juga pengsahan daripada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, yang ‘memetik” sumber risikian, entah risikan daripada pihak mana.

Apa yang memperanjatkan berkaitan pendedahan Timbalan Pengarah J-KOM itu, adalah kebolehan beliau mendengar suara berbisik dalam kain mereka yang jadi sasaran.

Pada masa yang sama mereka merakyasa senarai ahli parlimen yang kononnya berjumlah 120-122, antara lainnya daripada GPS dan GRS.

Bagi penulis daripada awal-awal lagi berpandangan apabila senarai itu membabitkan dua parti blok Borneo itu, maka senarai itu bukan sahaja palsu, akan tetapi tiada asas, melainkan mereka yang merekayasa gerakan itu mempunyai niat jahat.

Dua parti blok Borneo apabila menyokong PMX yang mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong pada November 2022, maka pendirian itu adalah MUKTAMAD sehingga tamat penggal.

Apa yang penulis nampak, kecemburuan daripada Datuk Ahmad Zahid Hamidi terhadap GPS dan GRS kerana kelihatan mendapat keutamaan daripada PMX.

Jelas dalam senario politik hari ini, jika berlaku kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), GPS dan GRS maka menjadi kekuatan baharu, dan memperkecil peluang Umno sebagai parti pengimbang, malah kedudukan parti itu menjadi seperti melukut ditepi gantang, itupun jika tidak “wipe out” dalam pilihan raya.

Mengapa GPS dan GRS dicemburui? Sebabnya di Semenanjung, kaum melayu sebahagian besar menyokong Perikatan Nasional (PN) memungkinkan semua kawasan yang di tandangi Umno akan ditawan, mankala kawasan kaum cina ditawan PH, dan kemungkinan daripada 165 kerusi akan berlaku jumlah seimbang antara PH dan PN, ertinya 57 kerusi daripada Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan menjadi penentu.

Tentunya daripada 57 kerusi itu, iaitu 31 daripada Sarawak, 25 Sabah dan 1 WP Labuan, majoriti dimenangi GPS+PH di Sarawak, dan GRS+PH di Sabah, dan kemungkinan besar WP Labuan ditawan.

Melihat senario yang akan berlaku, maka sebelum perkara yang dibimbangi itu berlaku maka ditimbulkan syak wasangka, agar kerjasama yang dibimbangi itu jangan berlaku.

Pada asasnya, Zahid adalah pemimpin yang amat bimbang kerana parti yang dipimpin kehilangan kerelevanan dalam senario politik negara dan telah menjadi parti matahari terbenam menunggu untuk direhatkan.

Jelas pada PRN16 nanti akan ada kerjasama parti baharu yang memerintah negara, dan kemungkinan itu adalah antara blok Borneo dan PH dan jika ianya berlaku maka menutup peluang bagi Umno/BN bangkit semula.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version