Site icon Sabah Baru News

Ketua Menteri hadiri Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen dan Dayang Anisha

Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen dan Dayang Anisha di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag telah menghadiri Majlis Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anisha Rosnah Adam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Sejurus selesai majlisistiadat bersanding, Pengantin Diraja diarak mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Hajiji dan Juliah juga dikhabarkan akan menghadiri Majlis Persantapan Diraja yang akan diadakan di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin.

Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang diadakan pada 7 Januari, 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari 2024; Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan
Pertunangan Diraja, dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari 2024; Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari 2024; Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024; Majlis Istiadat Bersanding
Pengantin Diraja dan seterusnya Pengantin Diraja diarak sekeliling Bandar Seri Begawan diadakan pada 14hb Januari 2024; Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari 2024; Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan pada 16 Januari 2024.

— TAMAT

Exit mobile version