Site icon Sabah Baru News

ADUN Balung, Ahli Parlimen Tawau bantu mangsa kebakaran

Hamild dan Lo ketika turun padang melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

TAWAU: Mangsa kebakaran di Kampung Tass Andrassy, di sini menerima bantuan awal daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Hamild Awang dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, semalam.

Hamild berkata, pihaknya terus mengambil langkah awal bagi membantu mangsa kebakaran sebuah rumah yang menempatkan dua keluarga di kampung berkenaan.

Katanya, bantuan awal berupa wang tunai dan bakul makanan ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

“Kita akan berusaha untuk mendapatkan bantuan-bantuan lain daripada pihak kerajaan dan agensi lain bagi membantu keluarga ini.

“Saya yakin ramai pihak akan turut sama membantu terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) yang ada di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan awal wang tunai dan bakul makanan kepada mangsa kebakaran, di sini semalam.

Hamild berharap semua mangsa dapat bersabar dengan cubaan musibah yang dihadapi dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu mengikut kapasiti yang ada.

Terdahulu, kebakaran berkenaan membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang dihuni oleh dua keluarga.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu membabitkan empat mangsa termasuk seorang warga emas, orang dewasa dan dua kanak-kanak.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version