Site icon Sabah Baru News

Tumpas kartel dadah Sabah: Pemimpin-penyokong Parti Warisan kepanasan

pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelabur hampir musnah hanya dalam tempoh 26 bulan di bawah Kerajaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.

PENYOKONG parti Warisan sangat terdesak ekoran tumpasnya kartel dadah yang mana ketua kartel itu dilihat rapat dengan pemimpin tertentu parti itu.

Penyokong parti itu cuba mengalih pandang termasuk membuat fitnah pada orang lain yang tidak berdosa, termasuk memilih anak sulung Ketua Menteri Sabah dengan merekayasa cerita kononya telah ditangkap kerana sebahagian daripada kartel.

Anak sulung ketua menteri itu datang sendiri ke balai Polis Tuaran untuk membuat laporan apabila menerima perkongsian berkaitan fitnah itu dan meminta polis menjalankan siasatan terperinci dan cepat siapa kah dibelakang perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Dimaklumi bahawa baik pemimpin dan penyokong Warisan tidak mempunyai isu untuk mengkritik Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, kerana semakin kerap mereka menuding jari, empat jari mengarah muka sendiri, kerana kemusnahan yang berlaku selama 27 bulan pemerintahan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.

Didapati penyokong parti itu termasuk mereka yang menggunakan media sosial mencipta berbagai cerita karut dan menyasarkan Ketua Menteri.

Penyokong dan pemimpin Parti Warisan kena menerima hakikat sejauh mana pun tindakan pembohongan dan fitnah tidak akan memberi kesan pada Ketua Menteri, kerana jelas tindak tanduk Ketua Menteri Sabah itu baik dalam mengurus negeri serta gaya hidup harian adalah amat terbuka dan telus yang boleh diakses atau dimaklumi sebahagian besar rakyat.

Dakwaan-dakwaan jelek termasuk memilih anak beliau untuk dijadikan kambinghitam tidak akan dipercayai oleh rakyat, kerana perbuatan-perbuatan jelek bukan lah DNA Ketua Menteri Sabah itu.

Sebagai pemimpin yang berdekad lamanya, rakyat Sabah secara umumnya tahu latar belakang Ketua Menteri itu termasuk juga keluarga beliau, yang hidup merakyat, tidak berlebih-lebih tidak seperti mana pemimpin penyokong Warisan hanya 27 bulan sebagai kerajaan, gaya hidup berubah 360 darjah.

Hanya yang “paloi” percaya perbuatan-perbuatan tidak bertanggungjawab atau info-info grafik berkaitan elaun atau gaji Ketua Menteri, kerana ianya tiada asas dan bukannya praktik sebuah kerajaan yang mengamalkan ketelusan.

Mana-mana individu yang diangkat pada sesebuah organisasi tertakluk pada peraturan-peraturan organisasi itu terutama daripada segi kewangan.

Tidak sedar kah para pemimpin dan penyokong Parti Warisan bahawa saban tahun Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan audit, yang membabitkan semua badan berkanun, syarikat berkait kerajaan mahupun kerajaan, bahawa semua yang diaudit bebas teguran, ertinya tiada sebarang salah laku berlaku.

Jika pun pemimpin dan penyokong parti Warisan terdesak sangat untuk mendapat sokongan rakyat menerusi perbuatan-perbuatan bohong dan fitnah, tidak akan dapat lari bahawa tindakan seumpama itu seperti menggali kubur sendiri, dan akan cepat masuk kubur itu.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version