Site icon Sabah Baru News

Bandung isytihar kecemasan banjir sehingga 20 Januari

Status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan. – Reuters


BANDUNG:
Kerajaan daerah Bandung, Jawa Barat, mengisytiharkan status respons kecemasan dari 13 Jan hingga 20 Jan 2024 yang mewajibkan semua pihak untuk kekal berwaspada terhadap risiko banjir, lapor Agensi Berita ANTARA.

“Status respons kecemasan terhadap bencana banjir telah diwujudkan sejak tiga hari lalu. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) telah menyediakan dapur awam dan sebagainya,” kata pegawai daerah Bandung, Dadang Supriatna, di sini pada Isnin.

Supriatna berkata status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan.

“Penentuan status respons kecemasan bencana boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan,” katanya.

Menurut Supriatna, penentuan status kecemasan itu sebagai langkah mengendalikan banjir dan bencana hidrometeorologi lain yang memberi kesan kepada kawasan itu sejak 11 Jan 2024.

Sementara itu, Ketua BNPB, Suharyanto berkata pihaknya telah menyediakan bantuan sebanyak Rp350 juta bagi menyokong pengendalian banjir di daerah Bandung. — BERNAMA

AWANI

Exit mobile version