Site icon Sabah Baru News

Kerajaan negeri sumbang kepala singa bernilai RM1.5 juta

SIMBOLIK: Masidi (dua kiri) membuat simbolik upacara penyerahan kepala singa pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberi sumbangan kepala singa kepada pelbagai tokong dan persatuan kaum cina di seluruh Sabah bagi tahun keempat berturut-turut sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan itu tahun ini.

Hajiji diwakili Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menyampaikan kepala singa kepada tokong dan persatuan bagi zon tengah Pantai Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Majlis itu adalah permulaan sumbangan berkenaan yang akan diadakan di sembilan zon di negeri ini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Zon berkenaan ialah Beaufort/Sipitang, Kudat/Kota Marudu, Keningau, Tenom, Tawau/Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Ranau dan Kota Belud.

Turut hadir pada majlis penyampaian itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt.

— TAMAT

Exit mobile version