Site icon Sabah Baru News

Di sebalik langkah Dubai

Sebarang undang-undang menyekat perubahan kerajaan di pertengahan penggal bercanggah dengan demokrasi berparlimen yang digunapakai negara, menghalang kebebasan memilih, sehingga undang-undang sedemikian dilihat tidak demokratik.


AKHIRNYA niat yang salah itu dengan cepat diketahui jawapannya. Rekayasa-Buat Laporan Polis- Cadang Undang-Undang Halang Ubah Kerajaan, akhirnya kini setiap rakyat negara ini yang membaca laporan berbagai platform media dan mengikuti mainan politik mengerti di sebalik Langkah Dubai. Kesimpulannya rakyat kena kencing.

Terbaharu PMX sendiri tidak berminat dengan sebarang pengubalan undang-undang baharu terkait sekatan mengubah kerajaan, kerana menurut pandangan beliau tiada keperluan mengenainya, memandangkan kerajaan Perpaduan mempunyai sokongan super majority.

Daripada 19 parti yang menyokong kerajaan Perpaduan, hanya pemimpin Umno yang teruja sangat dengan undang-undang sekatan mengubah kerajaan dipertengahan penggal.

Penulis sejak awal berpandangan sebarang langkah mengubah kerajaan jika membabitkan parti blok Borneo khususnya GPS dan GRS, sudah pasti langkah itu hanya ilusi atau fiksi atau palsu, atas sebab dua parti itu telah membuat ketetapan muktamad pada November 2022 semasa menyokong PMX bahawa sokongan itu kekal sehingga tamat penggal parlimen ke-15.

Lagipun sebarang undang-undang menyekat perubahan kerajaan di pertengahan penggal bercanggah dengan demokrasi berparlimen yang digunapakai negara, menghalang kebebasan memilih, sehingga undang-undang sedemikian dilihat tidak demokratik.

Menerusi undang-undang sedemikian memperlihatkan kepada dunia, bahawa wakil rakyat negara ini ada lah para individu yang diragui kredibilti, integriti, kerana terpaksa memerlukan undang-undang untuk mengikat mereka.

Semua pihak mengerti perubahan kerajaan di pertengahan penggal apabila kerajaan yang memerintah didapati memudaratkan rakyat dan negara atau boleh berlakunya ketegangan kaum kerana kebijakan yang dilaksanakan bercanggahkan dengan norma kehidupan rakyat.

Jika keadaan demikian tidak berlaku, maka tiada keperluan mengubah kerajaan di pertengahan jalan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version