Site icon Sabah Baru News

NGO Cina akui pemimpin PAS sering turun padang

SANDAKAN: Masyarakat Cina di sini mengalu-alukan sekiranya PAS mengintai peluang di kerusi parlimen Batu Sapi memandangkan parti itu pernah bertanding di situ sebelum ini.

Malah PAS juga pernah bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sekong dan Dun Karamunting.

Pengerusi Persatuan Lin Shen Jen Foo Chung Lean San Tang Sandakan Liew Kon Seng berkata, PAS lebih sesuai menampilkan calon di parlimen terbabit.

Katanya, PAS ada pengalaman PAS kerana pernah bertanding di Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

“PAS bukan nama asing di Parlimen Batu Sapi, malah pemimpin PAS kerap mengadakan lawatan dan menyantuni pertubuhan non-Muslim di sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Demografi Batu Sapi 60 peratus penduduk Bumiputra Sabah dan 40 peratus Cina. Bagaimanapun selepas kehadiran Undi18 peratus Bumiputra menjadi 70 peratus berbanding Cina 30 peratus.

Kon Seng juga berkata, PAS mendapat sokongan nonBumiputera kerana mempunyai hubungan rapat melalui Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Menurutnya melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS sering menghantar bakul makanan kepada penduduk termasuk nonMuslim terutama ketika penularan pandemik Covid-19.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan PAS bersifat rasis.

— FAIZAH ARBAIN

Exit mobile version