Site icon Sabah Baru News

Kimanis Power Sdn Bhd bayar dividen RM16 juta

Hajiji (empat kanan) menyaksikan Abdul Aziz (empat kiri) menyampaikan replika cek simbolik pembayaran dividen kepada Jasnih (tiga kanan) sambil diperhatikan tetamu jemputan yang lain.

KOTA KINABALU: Kimanis Power Sdn Bhd membayar dividen berjumlah RM16 juta kepada pemegang sahamnya, NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian replika cek daripada Pengerusi Kimanis Power Abdul Aziz Othman kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) Datuk Jasnih Daya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Syarikat NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd mempunyai 40 peratus kepentingan dalam Kimanis Power Sdn Bhd yang mengendalikan Loji Janakuasa Kimanis sejak 2014 manakala, 60 peratus saham lagi dimiliki oleh PETRONAS Gas Berhad (PGB).

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Ketua Pegawai Eksekutif Kimanis Power Sdn Bhd Rozali Khamis; Pengurus Besar (Kewangan dan Risiko) PGB Shahrul Azham Sukaiman; Pengurus Besar (BD&C) PGB Hisham Maaulot; dan Ketua Pejabat PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Haniza Abdul Wahab.

— TAMAT

Exit mobile version