Site icon Sabah Baru News

Isu air

Sepatutnya setiap rakyat negari ini, terutama para pemimpin politik, perlu menyedari betapa mustahaknya keperluan air bagi setiap manusia atau rakyat, oleh itu jangan lah bertindak mensabotaj termasuk mencuri air untuk keselesaan sendiri, sehingga memberi kesan kepada yang lain. (Gambar hiasan)


MANUSIA boleh mati dalam tiga hari tanpa minum air, berbanding makanan. Ertinya betapa pentingnya air. Atas sebab itu Tuhan mencipta bumi 2/3 terdiri daripada air.

Di Sabah tidak terkecuali, Tuhan menyediakan sumber air berbagai bentuk, samada melalui banjir, mengisi sungai dengan turunnya hujan sekali sekala atau setempat, air tanah, air bukit atau gunung juga tersedia.

Pendek kata sebanyak mana pun keperluan air sumbernya telah tersedia. Isunya hanya lah mengurus sumber air itu. Dalam mengurus air ini lah yang menjadi masalah besar, kerana memerlukan kos yang tinggi, antara lain membina penampungan, loji rawatan dan rangkaian perpaipan. Oleh kerana kos yang tinggi, maka jika kerajaan negeri tidak mempunyai kapasiti kewangan maka perlu membuat pinjaman, dan jika tidak maka memberikan pada swasta, kemudian swasta menjual air kepada pengguna menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Jika mengikut kehendak Tuhan, air adalah percuma bagi setiap mahkluknya, akan tetapi air yang disediakan Tuhan itu dicemari oleh manusia sendiri, sehingga tidak selamat digunakan jika tidak melalui proses rawatan. Kerana perbuatan manusia, maka manusia juga perlu menanggung kos merawatnya, dan tentunya, merujuk pada kerajaan, kerana kerajaan telah diberikuasa dan tanggungjawab mengurus sumber air.

Ketika ini di negeri-negeri di Semenanjung hangat membincangkan kenaikan tarif air, sementara di Sabah dan Sarawak tidak terkesan dengan kenaikan itu.

Mengapa kenaikan air tarif berlaku? sebabnya kos rawatan semakin mahal, tempatan penampungan perlu diperbesar, ukuran/ketebalan perpaipan perlu dipertingkatkan, selain rangkaian yang semakin panjang.

Di Sabah nanti akan juga berlaku kenaikan tarif air mengikut masa, kerana keperluan juga berubah.

Jika kerajaan berpendapat bahawa air merupakan keperluan utama rakyat berbanding yang lain, maka boleh sahaja menggunakan kutipan hasil daripada sumber lain untuk mengekalkan tarif air yang rendah sebagai token agar air dihargai.

Sudah menjadi norma, apabila sesuatu yang penting seperti air tidak diperolehi dengan bayaran tertentu, tidak akan dihargai, seperti 30 tahun lalu, harga ikan basung 50 sen sekilo pun tiada yang beli, kerana tidak dihargai, akan tetapi kini, apabila harga ikan itu mencecah RM18/kg, maka bukan sahaja dihargai tetapi menjadi pilihan berbanding yang lain, kerana isu harga.

Kini, boleh dikatakan setiap rakyat mengerti betapa pentingnya air, apabila bekalan tidak mencukupi, yang menyebabkan mereka tidak mendapat bekalan yang konsisten.

Untuk menyahut keresahan rakyat itu, kerajaan terpaksa membina berbagai Loji Rawatan Air (LRA) termasuk empangan yang menelan kos ratusan juta ringgit malah bilion untuk menjaga keterjaminan setiap manusia atau rakyat mendapat bekalan air, sesuai dengan kehendak Tuhan. Malangnya usaha kerajaan itu disabotaj oleh sesetengah rakyat menerusi penyambungan haram, sehingga menyebabkan kebocoran perpaipan yang menyumbang kepada Non-Revenue Watar (NRW) yang dikatakan di Sabah mencecah 60 peratus.

Akibat kesan NRW ini, maka kerajaan dipersalahkan membabi buta oleh pembangkang, apabila berlaku gangguan bekalan, sehingga pemimpin mereka berstatus wakil menghasut agar pengguna jangan membayar bil air.

Sepatutnya setiap rakyat negari ini, terutama para pemimpin politik, perlu menyedari betapa mustahaknya keperluan air bagi setiap manusia atau rakyat, oleh itu jangan lah bertindak mensabotaj termasuk mencuri air untuk keselesaan sendiri, sehingga memberi kesan kepada yang lain.

Bukan itu sahaja mereka yang mempunyai bil tertunggak perlu membayarnya, kerana bayaran itu boleh menyumbang kepada berterusannya bekalan. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version