Site icon Sabah Baru News

Di Sabah masih ada 200 sekolah daif

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif (tiga kiri) menyampaikan bantuan pendidikan kepada salah seorang penerima di Kota Kinabalu. Beliau berkata  berkata, dalam laporan Pengarah Pendidikan memang ada sekolah daif berskala enam dan tujuh yang berada dalam senarai untuk pembaikan di Sabah.

Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd Arif dilaporkan berkata, di Sabah masih terdapat 200 sekolah daif termasuk yang dalam kategori berskala enam dan tujuh. Sekolah berskala enam merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Manakala, sekolah skala tujuh merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Di seluruh negeri terdapatnya 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah yang menampung lebih 500,000 pelajar setiap sesi persekolahan.

Sekolah daif biasanya dibina daripada kayu atau papan pada awal tahun 60-an atau 70-an dan terletak di kawasan luar bandar. Bagi yang melibatkan konkrit adalah bagunan yang dibina pada awal tahun 80-an di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Sekolah daif biasanya dibina daripada kayu atau papan pada awal tahun 60-an atau 70-an dan terletak di kawasan luar bandar. Bagi yang melibatkan konkrit adalah bagunan yang dibina pada awal tahun 80-an di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Malangnya negara yang bersiap-siap menunju era pendigitalan, kecederasan buatan (Artificial Interlligence @AI) masih terdapatnya sekolah yang tidak kondusif sebagai tempat menimba ilmu. Tentunya dengan keterbelakang ini, para pelajar yang terbabit di kawasan-kawasan sedemikian akan ketinggalan jauh dan menambah jurang pengecapan pendidikan.

Proses belajar selain memerlukan keadaan yang kondusif juga perlu sokongan kemudahan asas lain termasuk internet. Bagi sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan asrama, rumah-rumah guru juga diperlukan. Tidak terbayangkan pada 200 sekolah daif itu, bagaimana ketersediaan kemudahan asas, jauh sekali alat bantu belajar dan mengajar.

Bidang pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri membantu dalam urusan penyediaan tapak. Ertinya jika masih terdapat sekolah daif, maka kerajaan Persekutuan tidak meluncurkan peruntukan bagi tujuan baik pulih atau naik taraf.

Bukan salah kerajaan negeri apabila masih tedapatnya sekolah seumpama ini, atas sebab, Jabatan Pendidikan Negeri tentunya memanjangkan keadaan sekolah-sekolah ke pihak Kementerian Pendidikan setiap tahun dengan nota yang menerangkan keadaan sebenar.
Seharusnya sekolah-sekolah jangan masuk dalam bab politik, kerana ianya perkara asas atau utama bagi sesebuah negara untuk menyediakan keterjaminan setiap warganegara mengecap pendidikan dan menimba ilmu sebanyak mungkin.

Keperluan pendidikan juga adalah sama dengan keperluan asas lain seperti air bersih, elektrik dan jalan raya, selain kesihatan.

Diharapkan setahun dua daripada sekarang, Sabah tidak mempunyai sekolah daif lagi khususnya yang berskala enam dan tujuh.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version