Site icon Sabah Baru News

GRS sentiasa mengajak rakyat untuk maju

Rakyat Sabah kena membuka mata seluas-luasnya, jangan sesekali melepaskan peluang yang sudah berada dalam genggaman, apabila mempunyai kerajaan seperti Kerajaan GRS, yang kini Kerajaan GRS PH Plus.

APABILA sentiasa berfikiran positif dan ke hadapan, maka membuka ruang pada fikiran positif. Apabila otak dipenuhi fikiran positif dengan sendiri kemajuan hanya menunggu direalisasikan.

Bukan mudah melahirkan satu visi yang sentiasa bernada positif seperti SABAH MAJU JAYA jika para pemimpin atau pemimpin yang mengapungkannya tidak berfikiran positif.

Visi parti politik yang mencerminkan fikiran negatif,kerakusan, ketamakan adalah visi yang menjadi pegangan Parti Warisan, SABAH KITA PUNYA. Menerusi visi ini para pemimpin parti itu sentiasa berfikiran negatif, kerana mana-mana bahagian yang belum menjadi milik mereka, mereka berusaha untuk mendapatkannya, “by hook or by crook”.

Berbeza dengan Sabah Maju Jaya yang bersifat insklusif atau merangkumi semua, asalkan mereka itu rakyat Sabah atau penduduk negeri.

Menerusi visi Sabah Maju Jaya memilih pendekatan penyelesaian apa pun masalah yang dihadapi rakyat. Tentunya dalam proses menyelesaikan itu perlu masa, perlu kewangan, perlu strategi dan perancangan, yang mustahak desitinasi akhir adalah penyelesaian.

Berbeza dengan pendekatan Parti Warisan Sabah Kita Punya, kerana pendekatan ini berunsur negatif, maka mereka juga melihat sesuatu sebagai negatif, dan tidak mampu berfikir berkaitan penyelesaian. Atas sebab itu, mereka gemar memviralkan keadaan jalan-jalan berlubang, yang sememangnya jalan-jalan seperti itu bukan wujud hanya pada era kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akan tetapi wujud berdekad lamanya.

Mereka membuta hati punca jalan berlubang, kerana jalan itu tidak dapat menampung lagi muatan,kerana muatan semasa jalan itu dibuat hanya untuk kenderaan ringan bukannya bermuatan puluhan tan.

Para pemimpin yang berfikiran negatif tidak melihat bahawa keadaan ini perlu penyelesaian segera, sebaliknya menghentikan perancangan yang telah dibuat, antaranya, penghentian penyiapan Pan Borneo semasa era Kerajaan Parti Warisan. Kesannya, bukan sahaja penyiapan lambat akan tetapi menyebabkan peningkatan kos.

Demikian juga bekalan air, loji rawatan air (LRA) yang dibina untuk kapasiti tertentu sesuai dengan permintaan unjuran permintaan pada masa ianya dibina, akan tetapi kesan permintaan yang mendadak meningkat, maka tentunya bekalan tidak mencukupi. Kerajaan sebelum parti Warisan telah merancang empangan Kaiduan, akan tetapi pemimpin pembangkang menghasut rakyat untuk protes dan menghalangnya. Kesannya bekalan air terganggu.

Melihat pada keadaan itu, kerajaan yang bertanggungjawab mencari penyelesaian, dengan membina LRA-LRA baharu, empangan, dan apabila disiapkan maka bekalan akan kembali stabil.

Rakyat Sabah jika meneliti dengan cermat dan dekat, bagaimana kejayaan, pencapaian kerajaan yang sentiasa berfikiran positif yang direalisasikan menerusi visi SABAH MAJU JAYA, antaranya pengambilalihan kawalselia berkaitan tenaga di Sabah. Berkolaborasi dengan Petronas berkaitan industri minyak dan gas, selain pemberian kuasa autonomi kuasa-kuasa Persekutuan yang beroperasi di Sabah. Semua itu berlaku, kerana kesan berfikiran postif, proaktif,progresif dan ke hadapan, dan sebagai tambahan kerajaan Persekutuan menilai komitmen pemimpin negeri untuk memajukan dan membangun negeri dan rakyat.


Terlihat bagaimana reaksi, cemuhan pemimpin, penyokong Parti Warisan terhadap visi Sabah Maju Jaya, ianya cerminan bagaimana negatifnya mereka berfikir. Kerana mereka ditakluki fikiran negatif, maka kehilangan kemampuan memadangkan ke hadapan, sehingga mereka berpusing-pusing, seperti kucing bermain dengan ekornya.

Rakyat Sabah kena membuka mata seluas-luasnya, jangan sesekali melepaskan peluang yang sudah berada dalam genggaman, apabila mempunyai kerajaan seperti Kerajaan GRS, yang kini Kerajaan GRS PH Plus.

Kerajaan ini mempunyai misi jelas, untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, menerusi pendekatan SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED demi SAYANGI SABAH.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version