Site icon Sabah Baru News

Pendekatan radikal tidak semestinya diterima rakyat

Apakah menerusi pendekatan radikal, maka beranggapan, bahawa keputusan lalu dibuat secara paksaan, maka juga dituntut kembali secara paksaan? (Gambar hiasan)

MENUNTUT hak tidak semestinya dengan cara radikal, sebaliknya menerusi kesederhanaan agar tiada pihak yang merasai dilukai.

Hak yang diperolehi menerusi kesederhanaan lebih banyak positifnya berbanding dengan cara radikal.

Penulis melihat pencapaian Sabah dalam memperolehi hak-hak negeri dalam tempoh tiga tahun ini, kerana pendekatan Ketua Menteri Sabah yang sederhana, yakni melalui perbincangan dalam suasana yang akrab dan saling hormat menghormati.

Penulis masih ingat ada pemimpin yang kini bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendekatan radikal pada tahun 1990, yang meybebabkan PBS keluar daripada BN menjelang pembuangan undi. Kesannya, bukan sahaja PBS tumbang sebagai kerajaan 5 tahun kemudian, akan tetapi tiada satu hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 dikembalikan.

Hubungan dalam sesebuah negara, walaupun jelas, ada hak-hak negeri yang belum dikembalikan, adanya caranya untuk dikembalikan.

Hak-hak yang dituntut bukannya hanya atas keputusan sepihak Kerajaan Persekutuan di masa lalu, akan tetapi juga persetujuan wakil-wakil rakyat atau pemimpin negeri di masa lalu. Apakah menerusi pendekatan radikal, maka beranggapan, bahawa keputusan lalu dibuat secara paksaan, maka juga dituntut kembali secara paksaan?

Rekod masa lalu seperti Penyerahan Pulau Labuan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, adalah atas keputusan Negeri, demikian juga perubahan panggilan Tuan Yang Terutama (TYT) atas keputusan negeri. Apabila menjadi keputusan negeri, kerajaan Persekutuan mematuhinya dengan memasukan dalam Perlembagaan Negara. Apabila menjadi sebahagian Perlembagaan Negara, maka untuk mengembalikan kepada asal, maka perlu mengubah Perlembagaan. Jika mengubahnya kembali lebih banyak membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri, tentunya boleh dilakukan menerusi perbincangan, tidak perlu melalui pendekatan radikal, yang kemudiannya tidak sampai ke mana, seperti mana manifesto, Kad Pengenalan Sabah, kesimpulannya, di kawasan yang biasa dimenangi pun kalah teruk, apa tah lagi jika dikaitkan dengan sambutan rakyat secara keseluruhan.

Jangan kerana mahukan sangat dilihat relevan, maka bertindak untuk rakyat bersetuju, sedangkan tindakan serupa sudah ditolak rakyat di masa lalu.

Bagi pandangan penulis, jangan cemarkan pendekatan RUMAH KITA, KITA YANG JAGA. Jangan palit imej negatif pada misi kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, menerusi Sabah First, Sabah Forward, Sabah United dan Sabah Prosper demi Sayangi Sabah.

Yakinlah tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, selagi ianya berkaitan hubungan sesama manusia. Setiap masalah akan terselesaikan, jika setiap ego antara yang terlibat dibuang jauh-jauh, apabila hanya pendekatan menang-menang sahaja yang diambilkira. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version