Site icon Sabah Baru News

Pengembalian hak 40 peratus hasil bersih kutipan persekutuan

Masidi ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam sempena Lawatan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor bersama Kerajaan Negeri Sabah di SICC

MENDUKACITAKAN, salah seorang Ahli Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden Parti UPKO membuat kenyataan terbuka bahawa kerumitan pengembalian hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah kerana secara rasmi kerajaan negeri tidak membuat surat tuntutan rasmi (letter of demand=LOD).

Kenyataan Presiden UPKO yang juga anggota jemaah menteri Persekutuan itu seolah-olah pemimpin Sabah khususnya kerajaan negeri hanya bersandiwara berkaitan pengembalian hak-hak itu.

Ekoran kenyataan terbuka itu dan dilaporkan di beberapa media cetak atau akhbar arus perdana, Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memberi reaksi, bahawa Kerajaan Sabah telahpun menulis surat rasmi berkaitan pengembalian hak-hak itu, pada 10 Jun 2022, jauh sebelum Presdien UPKO itu dilantik sebagai Menteri Persekutuan dan menjadi ahli MTPMA63.

Tuntutan rasmi itu tertakluk pada data atau statistik dalam simpanan Kerajaan Persekutuan untuk penentuan atau pengiraan amaun yang sepatutnya dibayar.

Kesan pada tuntutan rasmi itu, maka bayaran interim dibayar sebagai pendahuluan sebelum kiraaan akhir dimuktamadkan.

Walaupun LOD negeri itu dikemukakan pada kerajaan sebelum ini, kerajaan Persekutuan semasa mengambil maklum bahawa pemuktamadan kiraan itu diberi garis masa sehingga Julai 2024.

Kenyataan Ahli Majlis Tindakan Pelaksana Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), Datuk Ewon Benedick mendakwa bahawa surat rasmi tuntutan 40 Peratus hasil Sabah belum dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai ahli pelakasaan MA63, jika tuntutan rasmipun tidak dimaklumi, ertinya kehadiran sebagai ahli hanya sia-sia atau atas nama sahaja akan tetapi tidak memberi nilai tambah malah merumitkan urusan.

Jelas apabila seseorang walaupun mempunyai kedudukan samada dalam parti atau kerajaan, akan tetapi relatif junior, kurang pengalaman, maka mulut lebih cepat bertindak daripada info atau fakta sebenar.

Kenyataan tanpa usul perikasa yang dibuat MP Penampang itu bukan sahaja mencipta bola tanggung, akan tetapi memberi imej negatif pada pemimpin kerajaan negeri.

Terima kasih pada ketangkasan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memberi reaksi dan pencerahan segera sebelum dipolitikkan oleh pemimpin pembangkang yang sentiasa menangguk di air keruh mempolitikannya untuk kepentingan politik.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version