Site icon Sabah Baru News

PRU-15 : Maximus ulangi pendirian PBS belum sedia bekerjasama dengan WARISAN

TENOM : Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kekal dengan pendirian dimana parti itu masih belum bersedia untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, ia disebabkan beberapa perkara dan perbezaan pendapat serta pemikiran yang perlu diambil kira oleh partinya.

“Sebagai presiden, saya mahu menjelaskan bahawa kami di PBS belum bersedia untuk bekerjasama dengan WARISAN.

“Akar umbi mereka (WARISAN) banyak golongan yang tidak sepatutnya (Pendatang Asing Tanpa Izin -PATI) kami belum bersedia untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Tenom, yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Penyelaras GRS Tenom, Datuk Rubin Balang.

Maximus berkata demikian bagi mengulas pendirian parti itu berhubung pelawaan WARISAN yang masih terbuka untuk bekerjasama dengan PBS pada PRU-15.

Sebelum Maximus menyatakan pendirian itu, Pandikar Amin dalam ucapannya meminta Maximus menjelaskan pendirian PBS berhubung pelawaan atau lamaran WARISAN yang sering disebut presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

EDITOR

Exit mobile version