Site icon Sabah Baru News

Sayap parti Gagasan Rakyat diminta peka masalah rakyat

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐’๐š๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐‘๐ž๐๐จ๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ก๐š๐ง๐๐š, ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐๐š๐ซ๐ญ๐ข ๐†๐š๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐ข๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐€๐ฆ๐ข๐ซ๐ฌ๐ก๐š๐ก ๐˜๐š๐š๐ค๐ฎ๐›, ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐†๐š๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐  ๐’๐ข๐›๐ฎ๐ ๐š dan Puan Anna Bell Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sg Sibuga merangkap Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat pusat.

SANDAKAN: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda menyeru seluruh jentera parti itu agar lebih aktif melaksanakan program ziarah dalam usaha mengenal pasti keperluan dan masalah rakyat.

Menurut beliau, program seperti itu tidak boleh dilakukan hanya untuk memenangi hati ketika pilihan raya sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

โ€œProgram ziarah yang kita laksanakan ini adalah merupakan gerak kerja berterusan di seluruh Sabah. Kita bukan sahaja mengunjungi orang yang sakit dan warga emas tetapi menemui ahli keluarga yang juga adalah pengundi.

โ€œSemua ini adalah terjemahan mengenai tanggungjawab kita menjaga rakyat sama seperti kita menjaga ahli keluarga kita sendiri,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika semasa ditemui pada program Ziarah Sayang Wanita Gagasan Rakyat di sini semalam.

Hadir sama Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Anna Bell Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid Aneh Jambri, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sekong, Hasmahย Nurdin, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Elopura, Normaswati Sarjam serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasanย  Rakyat Sungai Sibuga.

Dalam Ziarah Sayang itu kira-kira 12 keluarga telah dilawati antaranya di Taman Indah Jaya, Batu 8, Kg Batu Putih, Kg Sg Kayu, Kg Sg Obar, Kg Tinusa 2, Taman Murni dan Taman Airport.

Redonah berkata, jentera parti mesti peka dengan masalah dan keperluan rakyat di kawasan mereka bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sesuai.

Redonah berkata, jentera parti mesti peka dengan masalah dan keperluan rakyat di kawasan mereka bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sesuai.

โ€œKita mesti sentiasa dekat dengan pengundi dan rakyat, pastikan kita menziarahi mereka ini bukan hanya sekali tetapi secara berterusan sampai bila-bila.

โ€œKita harus tanamkan sikap sayang dalam menjaga rakyat, peka dengan keperluan semasa mereka dan kenal pasti keperluan penduduk setempat,โ€ ujar beliau.

Sementara itu, Amirshah melahirkan terima kasih di atas keprihatinan jentera parti Gagasan Rakyat yang menziarahi rakyat di kawasan berkenaan.

โ€œAktiviti seperti itu memperkukuhkan silaturahim antara jentera parti serta rakyat setempat. Kita berterima kasih di atas keprihatinan Gagasan Rakyat dan diharapkan dapat dilaksanakan secara berterusan,โ€ katanya.

โ€” TAMAT

Exit mobile version