Site icon Sabah Baru News

Hajiji hadir istiadat angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Hajiji diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong ke majlis istiadat berkenaan.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun di Istana Negara.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan terbabit diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jauari lalu.

Pada istiadat sama turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong mengiringi Hajiji ke majlis istiadat berkenaan.

KENANGAN: Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri) dan tetamu kenamaan lain selepas istiadat terbabit.

— TAMAT

Exit mobile version