Site icon Sabah Baru News

Robert terima kunjungan hormat Gagasan Rakyat Bahagian Bingkor

ALBUM: Gagasan Rakyat Bahagian Bingkor yang mengadakan kunjungan terhadap Robert merakamkan gambar kenangan sempena pertemuan itu

KENINGAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Bingkor telah mengadakan kunjungan terhadap Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Kunjungan itu disertai lapan orang ahli yang diketuai Ketua Bahagiannya, Datuk Jasri Nasip Mat Jakir bersama-sama Timbalan Ketua Bahagian Rafie Robert; Setiausaha Bahagian Zainuddin Edward Ebit; Bendahari Zulkifli Kadir; Setiausaha Kerja Jadul Amin Jasri; Ketua Pemuda Daffri Adzahari; Ketua Wanita Sumiati Yusuf serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Bahagian.


Turut serta dalam kunjungan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred Vincent; Pegawai Pembangunan Masyarakat Bingkor Tinus Majip; Ketua Daerah Bingkor, OKK Daniel Palangi.


Kunjungan Gagasan Rakyat Bingkor terhadap Robert yang juga Ketua Bahagian STAR Bingkor adalah julung kali diadakan sejak Gagasan Rakyat ditubuhkan di bahagian Bingkor.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak memanfaatkan peluang itu untuk membincangkan isu-isu semasa dan perancangan masa depan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Robert yang juga Timbalan Presiden STAR menyifatkan kunjungan itu bukan sahaja bermakna tetapi juga yakin ia berupaya mengukuhkan hubungan kedua-dua parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


“GRS dianggotai parti-parti tempatan Sabah yang mana Gagasan Rakyat adalah salah satu parti dalam gabungan ini.


“Oleh itu adalah penting untuk ditekankan kerjasama diantara parti-parti dalam gabungan yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bagi memastikan rakyat meyakini GRS sekaligus menzahirkan sokongan kearah kemenangan kepada GRS, ” katanya.


Justeru Robert berkata STAR akan memainkan peranan yang signifikan kepada gabungan dengan memberikan kerjasama dengan ahli-ahli parti dalam komponen GRS dalam PRN akan datang.

“Terima kasih kepada Gagasan Rakyat Bahagian Bingkor khususnya Ketua Bahagiannya atas kunjungan ini. Kita juga sentiasa terbuka kepada mana-mana parti komponen dalam gabungan yang ingin mengadakan kunjungan bagi mengukuhkan perjuangan demi rakyat.


Baru-baru ini, STAR Bingkor turut menerima kunjungan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Bingkor yang diketuai Timbalan Ketua Bahagian PBS Bingkor Victor Anahong dan rombongan.

–Kenneddy Corlleus

Exit mobile version