Site icon Sabah Baru News

Pembangkang yang bersungguh-sungguh mahu awalkan PRN: Joniston

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai menghadiri majlis makan tengah hari Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew bersama media pada 31 Januari 2024.

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata beliau tidak melihat ada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal berbanding tempoh sepatutnya pada Oktober 2025.

Kerajaan GRS-Pakatan Harapan masih mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk memerintah, jadi, tempoh itu akan digunakan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri serta menyelesaikan isu-isu rakyat seperti bekalan air dan elektrik.

“Kita masih ada setahun sembilan bulan, masih ada masa lagi untuk kita buat apa yang telah dirancang,” katanya selepas majlis makan tengah hari Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew bersama media pada Rabu. 

“Jika pilihan raya diawalkan, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan sejak sekian lama itu?”

— Agust Dean

Exit mobile version