Site icon Sabah Baru News

Gagasan Rakyat Tulid terima kemasukan 117 ahli baharu

TULID: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tulid menerima kira-kira 117  borang kemasukan keahlian daripada Ketua -Ketua Cawangan Gagasan Rakyat bagi cawangan  Kampung Lanas Station dan Alab Lanas.

Penyerahan borang yang diadakan di Dewan kampung  Alab Lanas  pada Ahad di sini itu diterima Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tulid Tuan Jehan Osman Ongkomog.

Seramai 63  bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Gagasan Rakyat Tulid, manakala 54 orang lagi adalah bekas ahli Parti Warisan Malaysia (Warisan).






Borang-borang keahlian tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua Cawangan Kampung Lanas Station Tuan Primus Saduai dan Ketua Cawangan Alab Lanas Tuan Sadampal bin Taran.

Primus dan Sadampal berkata ,kemasukan pihaknya bersama ahli-ahli lain ke dalam Gagasan Rakyat adalah satu isyarat baharu bahawa parti tempatan itu semakin mendapat tempat di hati rakyat khususnya di Tulid termasuk negeri secara keseluruhannya.

Kemasukan itu juga menunjukkan bahawa mereka sangat yakin dengan perjuangan dan hala tuju parti yang sentiasa konsisten menyuarakan kepentingan serta hak-hak Sabah.

“Pada masa ini, kita memerlukan kestabilan dan perpaduan daripada semua untuk terus bergerak ke hadapan. Maka, kami yakin parti ini adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kestabilan yang sangat diperlukan,” ujar Primus dan Sadampal.

TAMAT

Exit mobile version