Site icon Sabah Baru News

Sebaran ‘maklumat palsu dan pembohongan’ di Tik Tok memburukkan KM , pelabur tempatan lapor polis

Jurucakap kumpulan itu, ahli perniagaan tempatan T.O. Wong telah membuat laporan polis terhadap pemegang akaun TikTok “Sabahbanah77” kerana menyebarkan maklumat palsu dan pembohongan di media sosial.

KOTA KINABALU: Percubaan memburuk-burukkan nama Ketua Menteri (KM) seolah-olah menjadi kebiasaan sesetengah pihak untuk mencapai agenda politik peribadi mereka, dakwa sekumpulan pelabur tempatan.

Jurucakap kumpulan itu, ahli perniagaan tempatan T.O. Wong telah membuat laporan polis terhadap pemegang akaun TikTok “Samparbanah77” kerana menyebarkan maklumat palsu dan pembohongan di media sosial.

“Bukan sahaja nama baik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tercemar dengan dakwaan palsu itu tetapi juga Kontinjen Polis Negeri, Jabatan Pejabat Tanah dan pelabur tempatan tulen seperti kami,” katanya.

Wong berkata dia menerima suatu video TikTok di WhatsApp-nya yang mendakwa permohonan tanahnya dan kumpulannya diluluskan dalam masa 15 hari “kerana hubungan rapatnya” dengan KM.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Saya tidak kenal KM. Permohonan tanah mengambil masa lebih lama kerana melalui semakan dan prosedur yang betul,” katanya.

Wong berkata semua permohonan tanah perlu melalui beberapa jabatan seperti Pejabat Daerah, Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan agensi kerajaan lain.

“Tanah itu dipohon pada 2022 untuk tujuan pelancongan dan Jabatan Pejabat Tanah hanya memberi kelulusan pada akhir tahun lalu.

“Ia dikeluarkan kepada syarikat kami di bawah terma ‘pajakan’ di mana kami perlu memenuhi syarat tertentu seperti membayar premium sewa kepada Kerajaan Negeri, antara lain,” katanya.

Wong berkata sebagai rakyat Sabah, adalah menjadi kewajipannya untuk membantu membangunkan Negeri ini, termasuk rancangan menarik lebih ramai pelancong dan pembangunan serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain menjana pendapatan kepada Kerajaan dalam bentuk kutipan cukai korporat dan perkhidmatan.

Wong berkata dia menerima suatu video TikTok di WhatsApp-nya yang mendakwa permohonan tanahnya dan kumpulannya diluluskan dalam masa 15 hari “kerana hubungan rapatnya” dengan KM.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi pengguna TikTok tersebut untuk mendakwa kelulusan permohonan tanah itu berkaitan dengan pembelian motosikal “superbike” oleh Kerajaan Negeri untuk Kontinjen Polis Negeri.

“Didakwa bahawa pembelian motosikal untuk polis adalah satu bentuk rasuah sebagai balasan untuk kelulusan permohonan tanah kami, yang tidak masuk akal,” kata Wong, yang syarikatnya juga terlibat dalam perniagaan motosikal.Beliau berkata, dakwaan sedemikian juga secara tidak langsung memburukkan nama polis.

“Walaupun saya tidak mengenali Hajiji secara peribadi, saya mengagumi kepimpinan beliau, terutamanya dalam membawa masuk pelaburan asing berbilion ringgit dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Rekod pendapatan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri sejak Hajiji mengambil alih pada 2020 juga membuktikan keupayaan beliau, dan ini memberi keyakinan kepada kami pelabur untuk melabur secara besar-besaran di negeri ini dan bukannya mencari tempat lain,” katanya.

Wong berkata beliau juga bukan ahli politik dan tidak berminat untuk bermain politik, tetapi taktik kotor untuk “menjatuhkan KM” harus dikecam oleh semua pihak.

Alex Ong

Exit mobile version