Site icon Sabah Baru News

Daftar ahli keluarga OKU dengan PPDK daerah: Jeffrey

Jeffrey berkongsi anekdot membabitkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. “Saya masih ingat Dr Mahathir sebelum saya ditahan di bawah ISA, dia berkata kepada saya ‘Jeffrey, 20 Perkara hanya sementara. Sabah dan Sarawak sama status dengan Perlis’.

KENINGAU: Ibu bapa atau sesiapa yang mempunyai ahli keluarga dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), digalakkan untuk mendaftarkan anak istimewa mereka dengan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daerah masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pendaftaran itu amat penting bagi mengetahui taburan bilangan OKU, sekali gus membolehkan perancangan program dan perkhidmatan berkaitan pencegahan, pendidikan habilitasi dan pemulihan yang bersesuaian dengan mereka.

“Kita tidak mahu golongan ini tercicir, kerana mereka juga berhak mendapat hak dan peluang yang sama untuk penyertaan penuh dalam masyarakat.

“Saya percaya dengan kewujudan pusat pemulihan seperti PPDK yang wujud ketika ini mampu memberikan kualiti kehidupan sosial yang lebih baik kepada golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Orang Kurang Upaya (OKU) Bahagian Keningau, di sini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Adun Bingkor, Datuk Robert Tawik; Pegawai Daerah, Peter Jonu Moinjil; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau, Mohd Fawzi Abdul Kadir serta Pengerusi PPDK Keningau merangkap Pengerusi Pengelola, Harry Gitik.Dr Jeffrey berkata, pelbagai program dirancang PPDK dalam bidang sukan atau program berkaitan masyarakat setempat, turut membantu memberi kemudahan kepada golongan OKU agar tidak terpinggir.

Beliau turut menyarankan agar PPDK Keningau memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan OKU agar golongan ini lebih aktif dari segi fizikal dan mental.

Katanya, program itu mampu memberi kesedaran bahawa terdapat sebuah pusat yang memberi bimbingan dan sokongan, serta pemulihan kepada OKU, untuk berdikari dan menguruskan diri, agar terus melangkah ke hadapan dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata beliau dimaklumkan bahawa karnival itu bukan saja memberi ruang kepada OKU melakukan aktiviti bersama masyarakat, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim antara semua warga PPDK Bahagian Keningau.

“Melalui aktiviti ini, ia memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih peka kepada kebajikan golongan ini dan memberi keutamaan bagi memastikan kelestarian dan kemandirian mereka dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan,” katanya, berharap semangat kesukanan dan kekeluargaan seperti ini dapat dikekalkan.

Dalam karnival selama tiga hari itu, PPDK Tambunan muncul juara diikuti Keningau, Nabawan, Tenom dan Merampong masing-masing di tempat kedua hingga kelima.

Acara itu juga menyaksikan penyertaan 168 orang termasuk 14 pelatih PPDK, 13 ibu bapa, 48 ahli jawatankuasa dan 46 tenaga pengajar.

— Johan Aziz

Exit mobile version