Site icon Sabah Baru News

Program Outreach Pengundi berjaya tarik 1271 pemohon berpindah kawasan mengundi

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata permohonan yang dibuat oleh pengundi-pengundi berdaftar untuk berpindah ke DUN Bandau merupakan satu perkembangan yang positif untuk Gagasan Rakyat.

KOTA MARUDU: Seramai 1271 pengundi berdaftar telah berjaya ditarik untuk berpindah ke Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Bandau melalui Program Outreach Pengundi (POP).

POP yang diadakan di Hotel Hexan  pada 24 dan 25 Februari lepas merupakan program anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Bandau dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Tujuan utama POP adalah menarik pemegang-pemegang Kad Pengenalan yang beralamat dan mengundi di luar kawasan tetapi tinggal di Bandau untuk berpindah tempat pengundian di DUN Bandau.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata permohonan yang dibuat oleh pengundi-pengundi berdaftar untuk berpindah ke DUN Bandau merupakan satu perkembangan yang positif untuk Gagasan Rakyat.

Turut hadir di Majlis Apresiasi tersebut Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta pimpinan Masyarakat.



“Jumlah pengundi yang dicapai melebihi daripada jangkaan asal.

“Sambutan begitu baik terhadap program ini menunjukkan pengundi mempunyai kesedaran untuk kembali mengundi di DUN Bandau”.

Maijol yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Pusat berkata demikian di Majlis Apresiasi baru-baru ini.

Di Majlis tersebut beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas kerjasama dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan pelaksanaan POP.

Maijol turut menyeru agar semua Ketua-Ketua Cawangan di bahagian akan bergerak dengan lebih proaktif bagi mencapai sasaran 10,000 keahlian sebelum penghujung tahun ini.

“Saya akan memanggil mesyuarat bahagian dalam masa terdekat untuk membincangkan pelan dalam menghadapi pilihanraya akan datang, khususnya persediaan di setiap PDM (Pusat Daerah Mengundi)”, ujarnya.

Turut hadir di Majlis Apresiasi tersebut Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta pimpinan Masyarakat.

TAMAT

Exit mobile version