Site icon Sabah Baru News

Ketua Menteri Serah Kenderaan Kepada 7 Pejabat Kawasan UPPM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan 7 buah kereta jenis hilux kepada 7 pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri di lobi utama Menara Kinabalu, dekat sini, hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk.

Pengarah UPPM Negeri, Datuk Matbali Haji Musah dalam taklimatnya kepada Hajiji berkata, penyerahan 7 buah kereta pacuan 4 roda itu merupakan penyerahan fasa pertama.

Katanya, untuk tahun ini UPPM dijangka akan menyerahkan sebanyak 40 buah kereta untuk kegunaan pejabat kawasan UPPM.

Manakala bakinya 33 buah lagi akandiserahkan pada tahun hadapan.

“Kereta ini adalah untuk kegunaan PPM dan kakitangan pejabat kawasan UPPM yang sering turun padang melawat kampung-kampung dan rakyat yang menghadapi masalah dalam kawasan DUN masing-masing, termasuk masalah banjir dan lain-lain”, katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Haji Ruslan Muharamdan Pegawai Tadbir UPPM, Hajah Musliati Moslimin.

— EDITOR

Exit mobile version